in , , ,

Aizat Amdan & Hanin Dhiya Bergabung dalam Lagu KU MAU

Setelah muncul dengan single duetnya bersama Bunga yang berjudul DUP DUP, kini Aizat Amdan melangkah lebih jauh lagi dengan berduet bersama artis Indonesia, Hanin Dhiya dalam single yang berjudul ‘KU MAU’.

Hanin yang merupakan bekas peserta akhir rancangan realiti Rising Star Indonesia beberapa tahun lalu mempunyai suara yang sangat merdu dan serasi dengan gaya vokal Aizat, yang juga seorang bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia lebih sedekad yang lalu.

‘KU MAU’ ditulis oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, Yeshua Abraham (Indonesia), Melanie Wehbe (Sweden) dan Elias Naslin (Sweden). Single ini mengisahkan tentang dua insan yang bercinta pada jarak jauh.

KU MAU SINGLE COVER

Walaupun berbeza negara, namun jejaka itu sanggup datang untuk menemui dan melamar kekasihnya. ‘KU MAU’ juga menerapkan kesungguhan pasangan ini untuk menjayakan kisah cinta mereka.

“Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya memang mengimpikan untuk mengembangkan karya saya dan berkolaborasi demi mendekati pendengar seluruh dunia.

Single ini merupakan langkah pertama gabungan penulis Sweden Melanie Wehbe (komposer), Elias Naslin (penerbit/jurutera/komposer), Indonesia Yeshua Abraham (penulis lirik bahasa Indonesia) dan Malaysia Anas Amdan (produser/komposer) serta Aizat Amdan (komposer) untuk saya melebarkan lagi karier saya sebagai penyanyi dan komposer.

Rentaknya bersahaja, sesuai buat semua golongan muda atau tua. Lagu ini berkonsepkan cinta yang luas dengan bait-bait lirik jenaka dan serius serta romantis dalam masa yang sama.

Membuatkan ia sesuai untuk segala keadaan “good vibes”. Saya sangat gembira apabila Hanin Dhiya sudi menjadi teman duet justeru menaikkan lagi taraf lagu ini dengan vokal beliau yang merdu.

Keserasian di antara saya dan Hanin sangat senang dan bersahaja membuatkan lagu ini lebih berwarna- warni.

Saya harap pendengar akan jatuh cinta dengan lagu ini dan mampu menujukan lagu ini kepada orang tersayang,”

– Aizat Amdan

Ini kali pertama bagi saya  menyanyikan single yang ceritanya bukan lagi tentang patah hati.

Dari pertama kali saya diberi untuk mendengar lagu ini oleh Aizat Amdan ketika beliau di Sweden, saya sudah jatuh cinta dengan rentaknya.

Asalnya lagu ini berbahasa Inggeris dan saya tidak menyangka yang lagu ini boleh diadaptasikan kepada Bahasa Malaysia / Indonesia dan dijadikan single duet untuk saya dan Aizat Amdan.

Saya berharap agar para pendengar dapat tersenyum ketika mendengar bait-bait lirik ‘KU MAU’. 

Pengalaman berduet bersama Aizat Amdan amat disenangi kerana beliau seorang yang baik dan peramah.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk mendengar cerita saya dan Aizat Amdan.

Ku mau kita semua sehat-sehat terus, ya!

– Hanin Dhiya

“Kami sangat teruja dengan kolaborasi ini bersama rakan-rakan di Warner Music Indonesia.

Gabungan vokal mantap Aizat Amdan dan juga Hanin Dhiya pasti akan membawa satu kelainan dan mengeratkan lagi hubungan muzik di antara Malaysia dan Indonesia,”

– Shah Shamshiri, Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia.

‘KU MAU’ merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 26 JUN 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single LELAKI DI TELEFON Nyanyian Afieq Shazwan Popular di TikTok

Bosan Duduk Rumah, Nabila Huda Buka Kedai Pakaian Preloved