in

Aizat Amdan Bakal Dilantik Duta Let’s Rock Cancer Malaysia

Selebriti dan produk tidak dapat dipisahkan. Terbukti, ramai artis terkenal yang sudah ada nama diambil dan dilantik jadi duta produk. bukan sahaja produk, malah kempen juga memerlukan selebriti untuk menjadi jurucakap rasmi yang dapat memberikan informasi dan panduan kepada peminat. Malah, sekarang ini ramai selebriti yang mempunyai jumlah followers yang ramai berpeluang untuk menjana pendapatan yang lumayan untuk mempromosikan produk. Budiey lihat, ini adalah satu rezeki yang perlu direbut oleh artis berkenaan.

aizat-amdan

Cakap pasal duta, pada jam 2 petang ini, penyanyi Aizat Amdan bakal dilantik secara rasminya menjadi duta Let’s Rock Cancer Malaysia yang bakal berlangsung di Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Budiey nak ucapkan tahniah buat Aizat Amdan atas perlantikan ini.

Perlantikan ini diadakan bersempena dengan Majlis Pelancaran dan Perasmian Konsert Let’s Rock Cancer Malaysia dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis Kasi Gegar Entertainment. Turut hadir ialah Y.Brs. Encik Mohd Royzilee bin Mustaffa, Pengerusi Yayasan Kanser Malaysia yang akan membentangkan serta menerangkan secara terperinci kempen ini. Konsert ini diadakan dengan anjuran Yayasan Kanser Malaysia.

Acara turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Aizat Amdan dan artis Kasi Gegar Entertainment yang lain seperti Go-Gerilla, Amir Jahari dan ramai lagi. Tak sabar nak tengok persembahan Aizat di konsert ini nanti. Khabarnya, konsert Let’s Rock Cancer akan diadakan di UKM, Bangsi pada 23 Mac 2014 dan turut mengundang artis KGE seperti Amir Jahari, Go-Gerilla, The Venopian Solitude, Tonawarna dan Aizat Amdan. Untuk pembelian tiket, anda boleh hubungi 013-3183976.

Sementara itu, teruskan berdoa semoga pesawat MH370 yang hilang itu ditemui semula. #praymh370

082427562

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Laureus World Sports Awards 2014

Mutu Kamera & Video Nokia Lumia 1520 Terbaik