in , ,

Aisyah Aziz Kembali Dengan Lagu Lebih Segar BILA ENTAH

Selepas menjadi salah seorang peserta akhir Akademi Fantasia sekitar 6 tahun yang lalu, penyanyi jelita kelahiran Singapura Aisyah Aziz, terus mengorak langkah dalam arena seni suara serantau.

‘BILA ENTAH’ BUAH TANGAN TERBARU AISYAH AZIZ 

Selain mengukuhkan nama di negaranya sendiri di seberang tambak, dia juga berjaya mencipta nama di Malaysia. Berkat suaranya yang unik dan wajah yang cantik, Aisyah bukan sahaja sudah menjadi salah seorang penyanyi yang disegani tetapi juga telah meraih banyak anugerah sepanjang kerjayanya yang baru sekitar lima tahun.

AISYAH AZIZ

Aisyah Aziz Kembali Dengan Karya Yang Lebih Segar 

Kini dia kembali dengan buah tangan terbarunya yang berjudul ‘Bila Entah’. Lagu hasil ciptaan pasangan pemuzik tersohor, Ezra Kong dan Hael Husaini ini mengisahkan seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya namun wanita itu masih meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Walau bagaimanapun, wanita tersebut mempunyai sedikit gangguan mental dan sanggup lakukan apa sahaja demi mendapat kebahagian daripada lelaki itu. Tapi sayang lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa khabar berita.

Video Muzik BILA ENTAH

Menurut FerosKetua Label Muzik,Rocketfuel Records,

”Aisyah Aziz mempunyai suara yang unik. Maka kita gunakan kelebihan tersebut dalam memberikan kelainan terhadap single terbarunya itu. Bukan itu sahaja, genre muzik yang akan di bawanya itu juga berlainan dari kebiasaan lebih lagi ianya mendapat sentuhan dari penyanyi dan komposer yang sedang meningkat naik iaitu Hael Husaini dengan hasil kerjasama Ezra Kong. Diharapkan agar semua dapat menerima lagu terbaru Aisyah Aziz ini.”

– Feros, Ketua Label Muzik,Rocketfuel Records

Lagu ‘Bila Entah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. 

Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

AISYAH AZIZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Dalam Telemovie PESAN DARI TUHAN

Sepahtu Reunion Musim Baru Trending di Youtube