in ,

Aishah Lepas Gian Menyanyi, Tiga Bulan Terperap di Rumah

Tiga bulan terkurung dalam rumah, penyanyi, Aishah lega apabila dapat melepaskan gian menyanyi selepas diberi menjayakan persembahan untuk sebuah program televisyen (TV).

Walaupun program dibuat secara rakaman tanpa kehadiran penonton, tetapi ia sudah memadai buatnya yang begitu merindui untuk membuat persembahan.

“Bayangkan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, saya hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan memasak serta membuat kraftangan.

“Apabila lama tak menyanyi, timbul juga rasa risau suara akan jadi berkarat. Saya pula bukanlah seorang yang suka menyanyi di rumah.

“Justeru, apabila diberi peluang menyanyi untuk sebuah program TV walaupun tanpa penonton, terubat juga rasa rindu untuk menyanyi,” 

– Aishah
Aishah Lepas Gian Menyanyi, Tiga Bulan Terperap Di Rumah
Aishah dan Ramlah Ram diundang menjayakan rakaman program hiburan, Stage 104, baru-baru ini. – Foto IG Aishah

Baru-baru ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu itu diundang menjayakan rakaman program hiburan Stage 104 terbitan Astro bersama Ramlah Ram.

Mengulas konsert MPO dan Aishah : A Musical Journey yang ditangguhkan ke tahun hadapan, penyanyi bersuara lunak itu akur dengan keputusan yang dibuat.

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin bagaimanapun mengharapkan peminat dapat bersabar kerana keputusan dibuat adalah demi kebaikan bersama.

“Saya pasti, setiap keputusan yang diputuskan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sudah difikir sedalam-dalamnya. Lagipun, keadaan masih belum pulih sepenuhnya dan DFP tak mahu mengambil risiko jika membenarkan konsert berlangsung.

“Walaupun saya tak sabar untuk menjayakan konsert ini, namun kerisauan tetap ada. Saya harap peminat bersabar dan terus menyokong konsert berkenaan walaupun ia ditangguhkan ke tahun depan. Insya-Allah, doakan yang baik-baik supaya konsert ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,”

– Aishah

Konsert solo Aishah itu sepatutnya berlangsung April lalu, namun terpaksa ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 dan larangan kerajaan untuk mengadakan persembahan membabitkan orang ramai.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Filter Punca Rogol, Caprice Keliru Lalu Berdebat Dengan Fynn Jamal

Filem DISNEY’S MULAN Ditangguhkan, Bakal Ditayangkan Mulai 20 Ogos 2020