in ,

AirAsia Terbang Semula Ke Dhaka Bangladesh

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tujuh tahun berturut-turut akan memulakan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Dhaka, Bangladesh, menyentuh pasaran yang merangkumi lebih 18 juta populasi bermula dari 10 Julai 2015.

Bagi menyambut penerbangan semula laluan ini, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari RM399* sehala dengan 30kg* elaun bagasi berdaftar PERCUMA , tempahan bermula dari hari ini hingga 28 Jun 2015 bagi tempoh perjalanan dari 10 Julai 2015 hingga 31 Mei 2016. Tambang promosi ini boleh ditempah melalui laman web di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti android dan juga laman mudah alih mobile.airasia.com.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Malaysia dan Bangladesh mempunyai ikatan dua hala sedia ada yang kukuh, terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Kami berbesar hati dapat menyumbang dalam meningkatkan ikatan dua hala dengan menyediakan penerbangan terus yang menghubungkan antara kedua-dua Negara.”

“Laluan ini akan bermula semula dengan penerbangan harian antara Dhaka dan Kuala Lumpur memaparkan keyakinan kami terhadap golongan yang kurang diberikan perhatian. Penerbangan harian ini ditambah pula dengan rangkaian penerbangan luas AirAsia di Asia dan di luar pasti menyemarakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kedua-dua Bandar dengan kemasukan lebih ramai ahli perniagaan dan pelancong,” tambah Spencer.

Dhaka sedang berkembang maju, penuh warna dan metropolis yang sibuk dengan kira-kira 18 juta populasi ini adalah salah satu bandar yang terbesar di dunia. Berlatar belakangkan sejarah yang amat penting, bahagian lama bandar ini, dikenali sebagai Old Dhaka atau Old Town, adalah kawasan di mana pelbagai warisan seni bina bermula dari sisa-sisa Empayar Mughal. Dibina pada abad ke-16, Bara Katra dan Chota Katra adalah dua struktur berharga era Mughal di Dhaka. Walaupun sudah berkurun lamanya, tinggalan istana dimensi monumental akan memberikan anda gambaran pintas ke era emas dari Empayar Mughal. Tempat menarik selain di Dhaka termasuk Lalbagh Fort, Ahsan Manzil Palace, dan beratus-ratus beca yang penuh warna berkeliaran di sekitar bandar.

AirAsia juga terus memudahkan proses penempahan bagi para tetamu. Laman web airasia.com kini menawarkan sistem tempahan yang telah dinaik taraf dengan ciri yang membolehkan pembayaran yang lebih cepat (Xpress booking), navigasi lebih mudah dengan butiran dan tambahan bagi menempah, dan juga keboleh untuk melihat semula carian yang telah dibuat terlebih dahulu! Bagi maklumat mengenai ciri-ciri laman web dan langkah-langkah mudah menempah layari airasia.com .

Terus kemas kini promosi dan aktiviti AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan facebook (facebook.com/AirAsia).

AirAsia terbang semula ke Dhaka, Bangladesh!
Terbang terus dari Kuala Lumpur ke Dhaka dengan tambang termasuk semua dari serendah RM399* sehala

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yana Samsudin & Iqram Dinzly di Bosnia Dalam Drama KALAU HATI INI RAMA-RAMA

Telemovie BEJALAI Sempena Pesta Kaamatan