in ,

Airasia Super App Tawar Ciri Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Mulakan gaya hidup lebih sihat dengan Naluri – kini di airasia super app

Dalam meneruskan evolusinya sebagai jenama gaya hidup dengan pelancaran airasia super app, airasia kini menawarkan penggunanya pengalaman holistik merangkumi keperluan kesejahteraan dan kesihatan mereka.

Selain melancarkan airasia Health, platform digital pertama seumpamanya di Asean yang menawarkan perkhidmatan perubatan menyeluruh pada November 2020, kami meneruskan usaha ini dengan kerjasama Naluri, penyedia perkhidmatan kesihatan digital yang terbukti secara klinikal, untuk membantu pengguna memulakan gaya hidup lebih sihat dengan Naluri Food Journal, sebahagian daripada ciri Nutrition Improvement Program yang tersedia secara percuma untuk semua pengguna airasia super app.

Naluri Food Journal menjadikan penjejakan kalori makanan lebih mudah dengan hanya memuat naik gambar makanan anda. Bukan seperti catatan tradisional, Naluri memberikan penilaian makanan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan serta nasihat pemakanan dan diet daripada pasukan Naluri yang terdiri daripada pakar berdaftar untuk menjadikan pengguna. Ciri baharu yang menarik ini kini tersedia untuk berjuta-juta pengguna airasia super app di Malaysia.

Azran Osman-Rani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri
Azran Osman-Rani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri
#1 airasia X Naluri partnership announcement KV-Final-01.jpg
#2 Accessing Naluri_Stepbystep-1.png
#3 Accessing Naluri_Stepbystep-2.png
#4 Accessing Naluri_Stepbystep-3.png
#5 Accessing Naluri_Stepbystep-4.png
#6 Accessing Naluri_Stepbystep-5.png

Naluri’s focus on long-term success through evidence-based behavioural science methods resonates well with airasia’s internal wellness initiative.

In August 2020, we launched Allstars Health Coach backed by the Naluri app for our Allstars and we have seen that Naluri has helped to reach their wellness goals.

“Hari ini kami berbangga untuk memperkenalkan ciri kesejahteraan pertama di airasia super app untuk semua melalui Nutrition Improvement Program dengan Naluri Food Journal. Ini adalah masa yang penting untuk menjaga kesihatan kita, dan kami ingin memainkan peranan dalam membantu berjuta-juta pengguna kami untuk memulakan gaya hidup lebih sihat.

“Integrasi aplikasi mini pertama ini merupakan satu kejayaan dalam perjalanan aplikasi super kami di mana kami berhasrat untuk bekerjasama dengan pemaju aplikasi dan komuniti pemula niaga untuk menyediakan platform kepada mereka dalam ekosistem kami dan meningkatkan kemampuan mereka melalui satu platform daftar diri, pilihan pembayaran yang dioptimumkan, dan akses kepada platform logistik kami. Nantikan pelbagai fungsi Naluri yang bakal diintegrasikan di dalam ekosistem kami dan lebih banyak aplikasi mini yang lain di platform kami,” kata Pablo Sanz Salcedo, Ketua Pegawai Teknologi airasia super app.

Kami berbesar hati kerana dapat memulakan perjalanan baharu bersama-sama Azran sekali lagi, yang pernah bertugas di airasia mengendalikan salah satu syarikat penerbangan kami dan kini beliau bekerjasama dengan airasia super app sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan digital.

Naluri Food Journal yang merupakan sebahagian daripada Nutrition Improvement Program, adalah salah satu daripada pelbagai Aplikasi Mini yang akan dilancarkan di airasia super app untuk melengkapkan gaya hidup anda. Dapatkannya secara PERCUMA untuk masa terhad mulai hari ini melalui versi baharu super app. Muat turun airasia super app di App Store atau dapatkannya di Google Play.March 29, 2021Sepang000

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nampak Lebih ‘Berisi’, Peminat Syak Mira Filzah Hamil?

Memperkenalkan Samsung Galaxy A52 & A72, Ini Spesifikasi Penuh Yang Anda Perlu Tahu