in ,

AirAsia Foundation Lancar Koleksi Pakai Semula Good/jahat/ bersama Projek Jahat

AirAsia Foundation (AAF) kini memasuki dunia fesyen dengan melancarkan koleksi perjalanan GOOD/jahat/ di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 hari ini.

Koleksi yang terdiri daripada 12 jenis pakaian dan aksesori itu direka dengan kerjasama Projek Jahat, dan dibuat sepenuhnya daripada tekstil dan bahan-bahan yang dipakai semula – daripada selimut hingga kulit tempat duduk – yang didapati di gudang AirAsia.

Airasia Foundation Lancar Koleksi Pakai Semula Good/Jahat/ Bersama Projek Jahat

Pengarah Eksekutif AAF Yap Mun Ching berkata,

“Matlamat kami adalah untuk memulakan perbualan baharu mengenai kelestarian fesyen melalui koleksi pakai semula.

Rekaan Projek Jahat menggunakan bahan-bahan AirAsia sememangnya segar dan unik kerana mereka melihat bahan-bahan tersebut sebagai sesuatu yang dapat mencetus imaginasi mereka sebagai pereka.”

Pengarah Eksekutif AAF Yap Mun Ching

Bagi Kurator Projek Jahat Mohd Faizul Isa, atau lebih dikenali sebagai Joe, koleksi tersebut mengetengahkan kepentingan  kelestarian fesyen. Semasa Minggu Fesyen pada tahun lepas, Joe telah mempamerkan koleksi pelbagai potongan denim yang dipakai semula, menjadikan beliau sebagai “pereka yang paling menarik perhatian” di KLFW 2018.

“Kami mahu menunjukkan bahawa bahan buangan boleh dipakai semula dengan idea-idea baharu.

Kali ini, kami mengetengahkan interpretasi prinsip ekonomi berkongsi untuk mencipta koleksi yang boleh disesuaikan dengan pemakai, tanpa mengira jantina atau saiz,”

Mohd Faizul Isa

Beliau menambah, kerjasama AirAsia Foundation melalui koleksi GOOD/jahat/ menyatukan tanggungjawab korporat AirAsia dan tenaga kreatif Projek Jahat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian fesyen.

Koleksi GOOD/jahat/ boleh didapati secara eksklusif di Destination: GOOD, butik yang menampilkan barangan daripada perusahaan sosial AirAsia Foundation di Kuala Lumpur, yang akan dibuka pada 23 Ogos 2019, dua hari selepas koleksi tersebut dipersembahkan di KLFW.

Destination: GOOD turut menawarkan lebih daripada 400 barangan yang dihasilkan secara beretika daripada lebih 30 perusahaan sosial di Asean.

Butik ini akan ditempatkan di REXKL, yang dahulunya merupakan Pawagam Rex, yang ikonik kini telah diubah menjadi sebuah hab kreatif dan keusahawanan pelbagai budaya.

Selari dengan misi REXKL, Destination: GOOD juga bertujuan untuk mempromosikan budaya dan memupuk perpaduan masyarakat.

***

Mengenai Projek Jahat

Projek Jahat is a conceptual design house inspired by creativity, youthfulness, and progressivism. From its first project of painting on denim jackets, it has developed to collaborative endeavors with different brands for installations, clothing collections, idea conceptualization, and art consultation. More than a brand, it is a family of young, passionate creatives who express themselves through different forms of art.

Mengenai AirAsia Foundation

AirAsia Foundation is committed to helping build an ASEAN Community of the future by advocating social entrepreneurship, equal opportunity, and innovation. As the philanthropic arm of the AirAsia Group, it provides social enterprise grants to empower underprivileged individuals, and supports projects that preserve and revive the region’s unique cultural heritage. Since its establishment in 2012, it has funded 24 social enterprises, creating impact in the lives of over 2,500 direct beneficiaries.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dinda Permata | 23

Fitbit Launches Fitbit Premium

Akim Majistret | 24

Akim & The Majistret Lancar Lagu Balada Berjudul YANG SATU