in ,

Airasia Food Pacu Perubahan Perniagaan Penghantaran Makanan

Ya, dan jika anda masih tertanya-tanya, airasia.com juga merupakan sebahagian daripada pemain industri penghantaran makanan yang berkembang pesat di rantau ini, bermula di Malaysia.

Sejurus selepas gambar di bawah dimuat naik oleh @tonyfernandes pada akhir minggu lepas, ia mencetuskan perbualan dalam talian dan memberi tumpuan kepada airasia food, perniagaan penghantaran makanan di airasia.com Asean super app.

Screenshot-Www.instagram.com-2020.11.16-11_38_11.Png

Ya, dan jika anda masih tertanya-tanya, airasia.com juga merupakan sebahagian daripada pemain industri penghantaran makanan yang berkembang pesat di rantau ini, bermula di Malaysia.

Jadi, apa sebenarnya airasia food dan bagaimana syarikat penerbangan, atau syarikat gaya hidup digital ini, memulakan perkhidmatan penghantaran makanan dalam pandemik Covid-19?

Menghubungkan ikatan melalui perkhidmatan penghantaran makanan

Sabrina Khaw, Ketua airasia food berkongsi bagaimana semuanya bermula: “Pada bulan Mac 2020, AirAsia telah menggantung penerbangannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Ini menyebabkan ramai kakitangan syarikat penerbangannya beralih kepada perkhidmatan penghantaran makanan untuk membantu para peniaga tempatan menerusi Teleport, cabang logistik AirAsia di bawah perniagaan digitalnya. Dalam masa tiga bulan, kami telah membantu sekitar 500 buah restoran di sekitar Lembah Klang dan setakat ini telah menghantar hampir 15,000 pesanan.

“Dalam masa yang sama, kami juga menyedari bahawa platform penghantaran makanan sedia ada mengenakan komisen yang tinggi antara 20% dan 35%, selain tidak memberikan kawalan penuh kepada para peniaga bagi perkhidmatan penghantaran makanan. Justeru, kami menggerakkan infrastruktur logistik dan teknologi untuk memperkenalkan sebuah platform penyelesaian perniagaan yang menawarkan perkhidmatan yang mudah dan lancar dengan harga yang berpatutan untuk para pelanggan dan pemilik perniagaan. airasia food juga beroperasi tanpa komisen, jadi para peniaga boleh memilih pelan pada harga tetap untuk perkhidmatan pembayaran dan penghantaran, dan melihat perbelanjaan mereka sepenuhnya. Tambahan pula, mereka boleh mengawal menu, harga dan liputan penghantaran hingga 60 kilometer berbanding 15 kilometer oleh platform perkhidmatan pesanan makanan lain.”

Menyokong peniaga tempatan dengan ekosistem airasia

Ab033295584A452589Ddf76827F3192F.png

Kini beroperasi secara rasmi bermula pada Mei 2020, airasia food telah membantu ramai peniaga tempatan untuk memperluaskan perkhidmatan penghantaran makanan mereka. Sebagai salah satu perniagaan di bawah airasia.com Asean super app, airasia food disokong oleh ekosistem airasia.com yang terdiri daripada lebih 60 juta pengguna di mana mereka boleh mengumpul dan membayar dengan BIG Poin mereka.  

Sabrina berkata: “Membangunkan airasia food adalah sesuatu yang tidak asing bagi kami kerana kami mempunyai infrastruktur logistik dan ekosistem untuk menyokong perniagaan ini. Kami juga merasakan bahawa model perniagaan tanpa komisen ini adalah yang terbaik untuk membantu perniagaan tempatan yang terjejas akibat pandemik ini. Kami berbesar hati kerana kami kini mempunyai hampir 800 peniaga yang telah berdaftar di airasia food dan ini adalah bukti tarikan dan keberkesanan pendekatan kami.

“Selain itu, airasia food juga memberi peluang kepada ramai kakitangan kami yang terjejas untuk menjadi Teleporters (rakan penghantar Teleport), seterusnya membantu mereka menjana pendapatan tambahan dalam waktu yang mencabar ini. Kami merancang untuk mengembangkan perkhidmatan ini ke seluruh negara dan rantau ini, jadi airasia food mungkin tersedia di bandar anda tidak lama lagi. ”

Antara peniaga tempatan yang mendapat manfaat daripada perkhidmatan airasia food adalah Soh.Ya by JoshiJosh, sebuah kedai pencuci mulut di Ara Damansara yang mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 500 kali ganda dalam masa tiga bulan.

SOALAN CEPU EMAS: Adakah Tony akan menjadi penghantar makanan?

Perintah Kawalan Gerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan sehingga awal Disember 2020 di Malaysia telah merancakkan perniagaan perkhidmatan penghantaran makanan, terutamanya di kawasan Lembah Klang. Berikutan situasi semasa, airasia food telah menyaksikan peningkatan sebanyak 1,150% dalam jumlah pesanan di Lembah Klang semasa jualan airasia.com Super Sale pada bulan Oktober 2020, seterusnya meningkatkan hasil jualan lebih daripada 500%.

Pengembangan airasia food bukan hanya membantu perniagaan makanan tempatan, malah ia telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Sehingga kini, lebih daripada 200 orang kakitangan airasia (Allstars) baik yang masih bekerja atau yang telah berhenti mendaftar menjadi Teleporter dan memperoleh pendapatan tambahan di samping memperluaskan liputan penghantaran airasia food.

“Perkhidmatan penghantaran makanan kini telah menjadi sebahagian daripada norma baharu kita, dan kami  berusaha untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke seluruh Asean. Kami berharap dapat menyokong lebih ramai peniaga makanan tempatan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di seluruh rantau ini, seterusnya menghidupkan kembali ekonomi kita. 

“Kami juga teruja kerana Tan Sri Tony akan menjadi salah seorang Teleporter kami dan menghantar makanan kepada anda sempena kempen Krismas akan datang. Beliau kini masih dalam proses mendapatkan lesen motosikal B2 dan akan membuat penghantaran makanan secara mengejut pada bulan hadapan. Siapa tahu, anda mungkin pelanggan bertuah yang menerima penghantaran makanan oleh Tony,” tambah Sabrina.

Para peniaga yang berminat untuk menyertai rangkaian airasia food boleh menghubungi [email protected].

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Izham Omar | 23

Tahniah! Ahmad Izham Omar Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Khas Untuk Kandungan Kreatif Disney+

Media Prima | 24

Media Prima Kembali Catat Untung Dengan Rekod RM12.43 Juta Bagi Q3 2020