in

AirAsia Bawa 1.3 Juta Penonton ke Paris Menerusi Travelog AirAsia

AirAsia Bawa 1.3 Juta Penonton ke Paris Menerusi ‘Travelog AirAsia’

Seramai 1.3 juta penonton berada di hadapan kaca TV untuk menyaksikan episod pertama rancangan Travelog AirAsia yang disiarkan melalui TV3 pada 20 November 2011. Rancangan yang telah dilancarkan sempena ulangtahun kesepuluh syarikat penerbangan tersebut diterbitkan dengan kerjasama syarikat terbitan terbesar di Malaysia, Primeworks Studios (anak syarikat Media Prima Berhad).

Rancangan bercorak destinasi kembara ini dihoskan oleh Edd Razhe yang dikenali ramai sebagai Abang Edd telah membawa penonton ke Paris, Peranchis melalui episod yang pertama. Ia menampilkan tempat-tempat yang menarik di bandar tersebut seperti Menara Eiffel, Champs-Elysees dan Chateau de Versailles. Apa yang membuat rancangan Travelog AirAsia lebih menarik ialah ia mengemukakan artis-artis popular tanah air sebagai pengacara bersama dan episode pertama ini dibawa khas bersama Maya Karin.

Kathleen Tan, Ketua Komersil Serantau AirAsia berkata, “Kami sangat berbangga kerana episod pertama Travelog AirAsia telah menarik begitu ramai penonton. Dengan format rancangan yang kasual dan informative, rancangan ini mengemukakan segala aspek untuk satu percutian yang lengkap; dari perancangan percutian kepada penggunaan produk dan servis yang ditawarkan AirAsia serta aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan tips untuk mengembara. Jadi rancangan ini bukan sekadar menampilkan apa yang ditawarkan di destinasi-destinasi yang disiarkan tetapi ia juga membantu orang ramai untuk merancang percutian idaman mereka.”

Kenapa Edd Razhe dipilih sebagai pengacara rancangan, kata Kathleen, “Di AirAsia kami sangat menitikberatkan para pekerja yang kami gelar ‘Allstars’ dan Edd adalah pilihan pertama saya kerana pada saya, dia sangat sesuai untuk program ini.
Berbekalkan pengalaman luas dalam industri hiburan, beliau menepati kriteria sebagai pengacara Travelog AirAsia . Selain itu, beliau juga adalah salah seorang perintis di AirAsia dan telah bersama kami selama 10 tahun.”

Dengan 13 episod, Travelog AirAsia akan membawa penonton ke destinasi-destinasi menarik di dalam rangkaian luas AirAsia dan AirAsia X setiap hari Ahad pada jam 7.30 petang. Penonton boleh menyaksikan pengembaraan menarik di desinasi-destinasi seperti Hong Kong, Taipen, Manila, Guilin, Osaka dan London. Saksikan episode minggu ini di mana penonton akan dibawa ke Ho Chi Minh City bersama Juliana Evans.

Pic1

Pic2

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah

Konsert Solo Akustik Dashboard Confessional