in ,

Aiman Tino Cipta Sejarah Video Klip Artis Malaysia Pertama Cecah Lebih 20 Juta Tontonan

Tahniah Budiey ucapkan buat lagu KU RELA DIBENCI oleh Aiman Tino. Dah la lagu ini berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31, muzik video ini juga telah mencipta sejarah tersendiri buat negara Malaysia di mana muzik ini menjadi muzik video pertama artis Malaysia yang mencecah lebih 20 juta penonton di Youtube.

Aiman Tino Cipta Sejarah Video Klip Artis Malaysia Pertama Cecah Lebih 20 Juta Tontonan

Bukan itu sahaja, sehingga sekarang lagu ini mendapat perhatian dan permintaan dari pendengar radio dan semua stesen radio masih lagi memutarkan lagu ini.

Mungkin muziknya seperti lagu 90-an yang menyebabkan ianya menjadi permintaan ramai kerana kita seperti merindukan lagu-lagu dan muzik seperti ini kan? Betul ke tak?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Trailer COLLATERAL BEAUTY Lakonan Will Smith

Senarai Penyanyi Yang Bakal Perform di ROCKAWAY: THE SAGA CONTINUES