in

Aiman Hakim Ridza Tidak Suka Publisiti Murahan

[dropcap]P[/dropcap]elakon kacak, Aiman Hakim Ridza menegaskan dia tidak suka dengan publisiti murahan dan tidak suka kisah peribadinya dijaja di dada akhbar dan portal internet. Aiman Hakim juga tidak mahu kisah peribadinya dijadikan sebagai tajuk utama untuk melariskan dirinya dalam industri kerana biarlah kerjaya dan bakat yang dijadikan bahan utama untuk tatapan peminat-peminatnya di luar sana.

“Biarlah orang mengenali diri saya melalui bakat lakonan dan nyanyian yang saya ada ini. Tidak perlulah untuk saya bercerita mengenai hal peribadi saya kepada umum. Lagipun tidak ada apa yang menarik, salah bercakap mungkin akan timbul pula spekulasi yang bukan-bukan.”

Gosip mula timbul apabila dirinya dikaitkan dengan pelakon wanita Nurfathia yang mengatakan mereka berdua sedang hangat dilamun cinta. Cerita ini mula tersebar apabila dia mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar tempatan. Jelas Aiman, itu adalah gimiknya semata-mata untuk mempromosikan drama lakonannya bersama aktres tersebut.

“Sebenarnya tidak ada isu yang timbul mengatakan saya bercinta dengannya tetapi mungkin orang salah anggap dan mendakwa saya bercinta dengannya, walhal kami masing-masing sibuk mempromosikan drama kami kepada peminat. Jangan salah sangka, kami tidak seperti apa yang anda sangkakan. Saya berharap dengan penjelasan ini boleh menghentikan spekulasi ini.”

Selain akan tampil dalam drama Autumn Di Hatiku, Aiman Hakim juga akan muncul dalam slot Cerekarama bersempena bulan Ramadhan berjudul ‘Korban Kasih’ yang bakal ditayangkan pada 20 Julai ini, di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rezeki Linda Hashim & Beego Makin Bertambah Lepas Kahwin

Video Muzik Hanya Kenangan Remix Imran Ajmain