in ,

Ahmad Idham & Penerbit Upin Ipin Dituduh Bersekongkol dengan Pas Kelantan

Semalam, Budiey ada terbaca dalam sebuah blog sel13.com tentang kenyataan yang menuduh pengarah Ahmad Idham dan Penerbit Upin Ipin Bersekongkol dengan Pas Kelantan.

Memetik dari blog tersebut, mengatakan Menteri Besar Kelantan & Mursyidul Am PAS sedang berusaha untuk mencari pendekatan berbeza bagi mengelakkan isu yang dapat menjatuhkan imej PAS iaitu dengan filem dan animasi. Dalam blog tersebut disebut, satu pertemuan antara pemimpin PAS, Nasaruddin Hasan dan AJK Pemuda PAS Pusat telah bertemu dengan pengarah Ahmad Idham pada 10 Oktober 2011.

Sekadar memetik kenyataan dari blog tersebut:

“Pertemuan tersebut difahamkan adalah untuk membincangkan sebuah projek filem pendek tetapi menggunakan modal abesar sebagai usaha propaganda PAS yang sedang teruk dihentam isu yang mereka sendiri cipta. Fokus filem tersebut lebih terarah kepada ‘KEJAYAAN’ Kelantan di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz.

Pada mulanya, Ahmad Idham dikatakan tidak bersetuju dengan tawaran tersebut. Bagaimanapun selepas dipujuk dengan tawaran lumayan dan diberitahu, filemnya itu akan diberikan publisiti meluas selain menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda, akhirnya Ahmad Idham bersetuju. Malah Ahmad Idham menganggap, filem yang akan dibiayai sepenuhnya oleh NIK ABDUH, anak Nik Abdul Aziz itu sebagai suatu JIHAD SENI.

Besar kemungkinan antara barisan pelakonnya terdiri daripada BOB LOKMAN dan AZMIL MUSTAPHA.

Pada masa yang sama, PAS Pusat dengan dalangnya adalah DAP sedang dalam rangka perbincangan dengan LES COPAQUE yang menerbitkan UPIN DAN IPIN untuk menghasilkan sebuah animasi dalam usaha mempromosi Pakatan Rakyat kepada golongan muda.

LES COPAQUE sebelum ini menerima pelbagai bentuk pinjaman, bantuan dan insentif daripada kerajaan selepas kejayaan UPIN DAN IPIN. Malah slot UPIN DAN IPIN selama 5 minit mula ditayangkan di TV9 milik Media Prima Berhad, sebagai dorongan untuk LES COPAQUE bertapak sebagai syarikat animasi yang disegani. Sehingga kini UPIN DAN IPIN masih ditayangkan di TV9, biarpun khabarnya TV9 mampu mendapatkan siri animasi dari luar negara yang jauh lebih murah dan lebih panjang durasinya”

Pada hari ini, tarikh 12 Oktober 2011, syarikat yang menerbitkan drama animasi Upin & Ipin telah mengeluarkan kenyataan rasminya untuk memperbetulkan fakta berita yang dikeluarkan dalam blog tersebut.

“Upin Ipin” adalah sebuah siri animasi kanak-kanak yang diterbitkan oleh kami khas untuk anak-anak kita, supaya mereka dapat membesar dengan minda yang tidak dipengaruhi olih budaya barat. Siri tersebut sarat dengan pengajaran dan contoh yang baik untuk diikuti olih anak-anak kita sambil menerapkan budaya ketimuran supaya apabila besar kelak mereka mempunyai rasa bangga dengan budaya mereka.

Oleh kerana siri animasi ini untuk anak-anak, kami tidak pernah berhasrat untuk memasukkan sebarang unsur politik apatah lagi berbincang dengan mana-mana parti politik bagi menggunakan watak Upin dan Ipin untuk tujuan tersebut. Kami memohon semua kepada semua pihak supaya berhenti dari mengeluarkan sebarang berita dan kenyataan yang tidak benar yang bolih memberi pandangan negatif kepada syarikat kami dan menjejaskan perniagaan kami.

Les’ Copaque Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang berjaya menerajui bidang perniagaan berlandaskan animasi sebagai teras perniagaan. Setakat ini, ia merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya membangunkan harta intelek sendiri dengan menggunakan kepakaran tempatan seratus peratus dan memberi peluang pekerjaan kepada anak muda yang sebahagian besarnya adalah Bumiputra.

Sememangnya kerajaan telah banyak membantu kami dari segi kewangan melalui gran MOSTI sebanyak RM 1juta dan galakkan pemasaran serta pembangunan modal insan. Walau bagaimanapun, kejayaan kami sehingga ini tidaklah semata-mata bergantung kepada pertolongan kerajaan, tetapi atas berkat usaha gigih kami untuk memajukan diri dan membuktikan bahawa Bumiputra pun bolih berniaga dan bersaing seperti kaum lain. Oleh itu, kami memohon kepada semua pihak, terutamanya Bumiputra, supaya menyokong usaha kami ini dan janganlah mengadakan berita yang boleh memudharatkan perniagaan kami.”

Jika ini tak benar, adakah perlu untuk Ahmad Idham dan penerbit Upin & Ipin akan saman pemilik blog tersebut? Atau adakah ini gimik semata-mata?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rockaway 2011 Gempak Rock Habis

Video & Gambar Percutian Bersama 8TV & Star Cruise Libra