in , ,

Ahli BTS Sambung Pelajaran Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Walaupun anda sibuk sebagai idola, tak semestinya anda tidak boleh terus meyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. BTS membuktikan bahawa mereka boleh menyeimbangkan jadual seni yang sibuk sambil menjalani kelas untuk ijazah sarjana!

Menurut sumber, 6 orang daripada kumpulan tersebut sudah pun mendaftar untuk menyambung ijazah sarjana mereka di Hanyang Cyber University. Meskipun Jin sudah pun memasuki program tersebut sejak 2017, dia kini disertai oleh kesemua ahli lain kecuali ahli termuda iaitu Jung-kook baru-baru ini. Mereka semua bersepakat mengambil jurusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam bidang Pengiklanan & Media.

Agensi naungan mereka iaitu Big Hit Entertainment turut menjelaskan mengenai berita tersebut.

BTS

RM, Suga dan J-Hope mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Pengiklanan & Media pada Mac lepas manakala V dan Ji-min pula bakal memulakan pengajian mereka bermula September nanti.

Jung-kook pula dikhabarkan sedang menyambung pelajarannya di Global Cyber University dalam bidang Penyiaran dan Hiburan.

– Big Hit Entertainment

Disebabkan pandemik COVID-19, temuduga kemasukan ke sekolah siswazah dilakukan menerusi panggilan video atas talian. Kalau anda nak tahu, Hanyang Cyber University merupakan salah satu daripada 21 universiti virtual dalam negara itu dan setiap fakulti memilih pelajar baru menerusi temuduga selepas mereka melepasi ujian bertulis.

BTS

Pun begitu, ada yang berbunyi dan mengatakan bahawa kesemua mereka mengambil ijazah sarjana kerana mahu mengelak daripada memasuki latihan khidmat ketenteraan. Namun perkara ini telah dinafikan oleh agensi mereka dan menjelaskan bahawa kesemua ahli BTS berminat untuk belajar dengan lebih lagi.

Pada tahun 2018, satu peraturan ketenteraan baru diumumkan di mana umur maksimum untuk lelaki Korea menangguhkan perkhidmatan ketenteraan mereka telah direndahkan. Jadinya, lelaki yang layak dan lahir pada tahun 1992 perlu memulakan latihan wajib tersebut pada tahun 2020.

Tahniah kepada semua ahli BTS!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Alasan Aizat Amdan Suntik Melodi Lagu Popular dalam Lagu KU MAU

Iklan di YouTube Lebih Banyak, Anda Digalakkan Langgan Youtube Premium