in

Agong Keracunan Makanan, Jalani Rawatan Susulan di IJN

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disahkan menjalani rawatan akibat keracunan makanan di Institut Jantung Negara (IJN).

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini dalam keadaan stabil setelah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi serta dinasihatkan menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Istana Negara memaklumkan, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan ini.

Menurut kenyataan itu, rawatan keracunan makanan bermula apabila Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN pada malam 21 September lalu.

agong

“Rawatan intervensi pula dilakukan susulan pengimejan MRI pada 22 September lalu yang telah menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.

“Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September lalu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara sebentar tadi.

Ekoran daripada rawatan intervensi ini, Baginda telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.

Sementara itu, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan berikutan bilangan kes positif COVID-19 yang naik secara mendadak ketika ini.

“Sehingga 27 September, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,919 kes.“

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan sebanyak 36 kes positif COVID-19 di Semenanjung Malaysia setelah kembali dari Sabah, yang telah dikesan daripada 20 hingga 27 September 2020,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat mendoakan kesihatan baginda dan menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda.

“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat supaya menjaga kesihatan diri dan sentiasa berwaspada serta mematuhi ketetapan oleh kerajaan dan tatacara kebiasaan baharu berikutan situasi semasa jangkitan virus COVID-19 di Malaysia yang kian meningkat,” katanya.

Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Seri Paduka Baginda dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda. – K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Salam Baitullah 2020 ke-12

Ulang Tahun Oh!K Ke-6 Dengan KINGS AND QUEENS (Peminat Terbesar Malaysia) K-Drama!