in

Agent Cody Banks 2 di TV2

FILEM PENGEMBARAAN AKSI KANAK KANAK ‘AGENT CODY BANKS 2 : DI TV2

Kanak-kanak pastinya individu yang paling gembira dan teruja meraikan cuti persekolahan ini. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan mahu meraikan sama dengan membawakan kepada anda filem aksi kanak-kanak, Agent Cody Banks 2 khas untuk tontonan anda.

Filem sarat dengan unsur-unsur aksi kanak-kanak yang ini ternyata begitu hebat sekali mempaparkan plot-plot yang menarik dengan jalan cerita yang penuh suspen.

Para penonton pasti akan tertarik dengan aksi-aksi yang dipaparkan di dalam filem ini yang bakal muncul di kaca TV anda pada 23 Disember 2010 (Khamis), jam 1.30 petang di TV 2 yang mempaparkan kisah seorang budak biasa seperti kanak-kanak lain tetapi mempunyai rahsia tersendiri iaitu dia boleh memandu seperti orang profesional dan menjadi agen rahsia CIA.

untitled 1(4)

Dalam filem Malcolm in the Middle, Frankie Muniz membawakan watak sebagai Malcom seorang budak lelaki yang mempunyai tiga adik beradik. Sebagai anak kedua di antara tiga beradik itu, Malcom selalu berhadapan dengan masalah di dalam menghadapi keluarganya yang agak pelik itu.

Tetapi, di dalam filem Agent Cody Banks 2 yang dibintangi olehnya kali ini, watak Frankie Muniz jauh berbeza berbanding wataknya di dalam filem komedi tersebut. Di dalam filem ini, Frankie Muniz memegang watak seorang agen CIA yang dikenali sebagai Cody Banks yang kembali beraksi dalam ‘Agent Cody Banks 2’ filem pengembaraan aksi komedi, yang menghantar agen rahsia muda ke Old Blighty.

Banks kembali ke Kem Woody, latihan CIA yang telah menyamar sebagai sebuah kem musim panas, di mana dia diberi pasangan baru, Derek (Anthony Anderson), dan tugasan baru mereka adalah untuk mengesan agen-agen jahat yang telah mencipta sebuah mesin eksperimen kawalan fikiran.

Penjahat telah meneruskan perjalanan ke Great Britain, sementara Banks pergi mendaftar di sebuah sekolah swasta kelas atasan di sana, di mana dia dipaksa untuk menyertai persatuan band di sekolah itu walaupun Banks kekurangan bakat muzik.

Dia telah bertemu dengan seseorang yang bakal bekerja bersamanya iaitu Emily (Hannah Spearritt), seorang remaja yang juga seorang agen CIA yang bekerja untuk kes yang sama. Diaz (Keith Allen), pelatih di kem musim panas, mencuri mesin kawalan fikiran dari CIA, dan melarikan diri ke London. Cody diberikan tugas mengesan mesin itu sebelum ia dimanfaatkan oleh orang lain untuk kegiatan yang tidak bermoral.

Berjayakah Cody di dalam usahanya untuk mencari Diaz dan pada masa yang sama harus melawannya untuk mendapatkan semula mesin kawalan fikiran tersebut? Jangan lupa untuk menonton filem aksi kanak-kanak yang menarik ini hanya di ‘TV 2 Dunia Ria’. Di antara barisan pelakon yang membintangi filem Filem dibintangi watak utamanya oleh Frankie Muniz, Hillary Duff, Keith David dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Prebiu Media Filem KHURAFAT

RTM & AMBANK Anjurkan Konser Ambang 2011