in , , ,

Impian Afieq Shazwan Menari Tidak Berbaju dalam Video Muzik GERAK LU Tak Tercapai

Muhammmad Shafieq Shazwan atau lebih sinonim dengan panggilan AFIEQ SHAZWAN – 23 tahun, agak terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencemarkan nama baik beliau baru-baru ini dengan menghebohkan kononnya video telanjang beliau viral di Twitter.

“Afieq terkejut juga dengar cerita ni, dan afieq cari juga di twitter sebab ramai yang DM afieq kata ada video tak senonoh afieq di twitter, tapi bila cari tak jumpa pun. Dan setahu afieq tak pernah lagi saya ber video call atau menghantar video yang bukan – bukan pada sesiapa,”

– Afieq Shazwan

Bercakap tentang perkembangan terkini, Afieq Shazwan bakal melancarkan single dan muzik video terbaru beliau di seluruh saluran digital – Joox, spotify dan lain-lain serta di youtube rasmi FMC MUSIC jumaat ini (27hb NOV 2020) jam 8 malam.

Afieq Shazwan

Terdapat khabar yang mengatakan bahawa Afieq agak berang apabila tidak dapat merealisasikan konsep yang dibayangkan sewaktu menyiapkan muzik video single terbaru – GERAK LU

“Actually konsep dan idea muzik video ni dah ok, Cuma afieq ada menyuarakan pendapat untuk muncul lebih berani dalam muzik video kali ini, Afieq nak keluar dengan konsep muzik video yang lebih daring ala barat dan K- pop, afieq request ada babak di mana afieq menari tidak berbaju bersama penari biar Nampak lebih maskulin dan wow. Tetapi malangnya idea tersebut tidak mendapat persetujuan dari pihak syarikat rakaman, memang afieq ada berkeras sikit waktu tu tetapi lepas tu ok dah” 

“Dan afieq memang dah mempuat persiapan dan senaman khusus di gym bersama trainer agar badan afieq betul betul nampak mantap dan seksi dalam muzik video GERAK LU tetapi hanya sia-sia”

– Afieq Shazwan
Afieq Shazwan

Afieq berpendapat sesuatu muzik video yang dihasilkan perlulah ada Wow Factor 

“sebagai artis kita kena berani. Kalau nak buat biasa – biasa sahaja takut penonton jemu,tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, peminat dan penonton lebih suka tonton sesuatu yang unik dan trendy.

Tetapi saya tak kata muzik video ni tak menarik Cuma kalau nak tahu apa yang afieq buat kena lah tonton GERAK LU  di Youtube. Dan mungkin ada adegan yang kononnya dikatakan viral di twitter tu,” 

– Afieq Shazwan
Afieq Shazwan

Sebelum single LELAKI DI TELEFON yang hampir mencecah 10 juta tontonan di youtube, Afieq pernah muncul dengan dua buah single balada berjudul SEANDAINYA dan DARJAT. Tetapi malangnya kedua buah lagu ini kurang mendapat sambutan.

“Entah kenapa, mungkin rezeki afieq lebih kepada lagu – lagu rancak agaknya, walau bagaimana pun Afieq tidak akan berputus asa dan akan tetap hasilkan lagu genre balada yang meletop juga nanti, mungkin belum ada rezeki  untuk saya nyanyikan lagu – lagu balada yang kuat dan dapat melekap kat hati pendengar”

– Afieq Shazwan

GERAK LU lagu hasil ciptaan dan lirik – DJ Fuzz, Aziquebeats dan faezal merupakan single berentak R&B, single ke 4 Afieq Syazwan. Dan ini merupakan single ke 2 Afieq digandingkan bersama Malik Abdullah setelah  single Lelaki Di Telefon.

Afieq Shazwan

“Apa pun afieq tetap rasa puas dengan hasil pembikinan muzik video GERAK LU walaupun tidak semua yang afieq nak tu dapat (menari seksi), tetapi gambaran yang afieq fikirkan sebelum ini sedikit sebanyak tercapai dalam muzik video GERAK LU.

Sorry pada peminat afieq yang mengharapkan afieq tampil seksi dalam muzik video kali ini”

– Afieq Shazwan

Bercakap tentang lirik lagu GERAK LU, afieq berkata kebetulan lirik lagu ini seperti terkena dengan kisah hidup afieq. Dan afieq tujukan lagu ini khas buat seseorang. Siapa orang itu biarlah rahsia dan biar dia sahaja yang tahu. 

“Afieq berharapa lagu gerak Lu ini dapat diterima semua peminat dan pendengar khusunya peminat R&B. sebelum ni Afieq tak sangka Lelaki di telefon mendapat sambutan yang luar biasa, dan moga semua suka dan boleh enjoy dengan buah tangan terbaru afieq ni, tanpa sokongan peminat siapalah afieq “

– Afieq Shazwan

Single dan Muzik video GERAK LU akan di lancarkan serentak di semua saluran online digital  termasuk saluran youtube FMC Music mulai Jumaat (27hb November 2020) jam 8 malam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diego Maradona Mengadu Tidak Sihat Sebelum Meninggal Dunia

Tak Pernah Delete Pasal Ex, Lelaki Nangis Susah ‘Move-On’ Lepas Buka Pendrive