in , ,

Afgan Rai Ulangtahun 1 Dekad Bersama Peminat di KL

Sedekad dalam industri muzik, Malaysia menjadi lokasi pertama Afgan meraikan ulang tahun ke-10 dalam industri bersama peminat menerusi Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018.

Sedekad dalam industri muzik, Malaysia menjadi lokasi pertama Afgan meraikan ulang tahun ke-10 dalam industri bersama peminat menerusi Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018. Jeritan lebih 2,000 orang penonton di Plenary Hall, KL Convention Centre menjadi bukti keunggulan salah satu penyanyi dan penulis lirik terkemuka Indonesia ini.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018

Afgan Rai Ulangtahun Ke-10 Bersama Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia

Konsert Afgan kali ini ternyata berbeza dari semua konsert yang pernah diadakan di Malaysia sebelum ini.

“Konsert ini begitu peribadi bagi saya kerana ia adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada semua peminat yang setia menyokong selama ini.

Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier saya di dalam industri dan berkongsi perasaan dan pengalaman selama 10 tahun bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini” – Afgan.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 berlangsung selama hampir 3 jam dan dimulakan dengan lagu Jalan Terus yang memperlihatkan kemampuan vokal Afgan yang tersendiri.

Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau berjaya membuai peminat ke dalam suasana begitu intim dan romantis dan menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE.

Afgan yang diiringi The Gandarianz menyampaian seleksi lagu hits seperti Pesan Cinta, Love Again, Kunci Hati, Jodoh Pasti Bertemu, Sudah dan juga duet bersama kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia, Ruffedge menerusi lagu I’ll Make Love to You. Gandingan Afgan dan Ruffedge cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan magis tersebut.

Di samping penampilan yang cukup segar, kumpulan yang telah ditubuhkan lebih 20 tahun lalu turut mempersembahkan lagu Bila Rindu.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018

Momentum konsert diteruskan dengan persembahan Afgan menerusi lagu-lagu hits beliau sejak 2008 yang membuat penonton mula menari mengikut rentak lagu.

Lebih 20 buah lagu dipersembahkan pada konsert ini menyaksikan rata-rata peminat menyanyi hampir kesemua lagu yang dipersembahkan. Sebaik konsert berakhir, seramai 100 orang pembeli tiket VVIP dibawa ke sesi Meet & Greet bersama Afgan.

Segment 1
1. Jalan terus
2. Roller Coaster
3. Katakan
4. Love Again
5. Entah
6. My confession

Segment 2
7. Dia, dia, dia
8. Count on me
9. Kunci hati
10. Pesan Cinta
11. Bawalah cintaku | Percayalah
12. Knock Me out
13. Ku Mohon
14. Jodoh Pasti Bertemu | Perfect

Segment 3
15. X
16.Thinking About You
17. Ku Dengan Kau Dengan Dia | Setia Menunggu
18. Sudah

Segment 4
19. Heaven | Remember The Time | Can We Talk | I’ll Make Love to You (duet with Ruffedge)
20. Bila Rindu
21. Bukan Cinta Biasa
22. Panah Asmara

ENCORE
23. Terima Kasih Cinta

Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Nik Izani menyifatkan kejayaan konsert ini menyuntik semangat beliau untuk terus menghasilkan lebih banyak konsert antarabangsa yang berskala besar. Beliau juga amat menghargai sokongan peminat muzik di Malaysia khususnya peminat setia Afgan terhadap konsert ini.

Konsert ini turut menyaksikan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat ke konsert ini dan para selebriti yang turut hadir adalah seperti Fazura, Laudya Cynthia Bella, Puti Aisyah, Sasqia, Elvina, Sasha Saidin, Maria Tunku Sabri, Nazim Othman, Amin Hayat dan ramai lagi.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 turut mendapat sokongan Maybank, Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Redbox, E&O Residences dan Hamza Motors.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018
Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem THUGS OF HINDOSTAN

Usop Pertaruh AKU YANG BERSALAH Ciptaan Haqiem Rusli