in ,

Yang Best Tentang HOTLINK POSTPAID FLEX

Apa khabar semua? Hari ni Budiey nak kongsikan sikit mengenai tawaran baru dari Hotlink iaitu Hotlink Postpaid Flex. Mungkin anda sudah ternampak iklan-iklan mengenai tawaran ini dan tertanya, apakah keistimewaan produk ini?

Hotlink Postpaid Flex adalah sebuah pelan pertama seumpamanya yang menggabungkan ciri-ciri prabayar dan pascabayar, yang berharga paling berpatutan dalam pasaran sekarang. Ia membolehkan anda mencipta pelan anda sendiri berdasarkan pelbagai pas Internet menarik dan aplikasi tanpa had. Ha…..kan best?

Bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan & SMS tanpa had ke semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB. Ha! Hotlink Postpaid Flex memang satu-satunya pelan internet yang memberi anda lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf pelan Internet anda sendiri berdasarkan apa yang anda mahu.

Anda mempuyai pilihan mana-mana aplikasi tanpa had – sama ada aplikasi sosial, chat dan muzik – untuk serendah RM5 sahaja. Ini termasuk aplikasi seperti Facebook, Instagram, Spotify dan Whatsapp, dan lain-lain. Untuk rakan-rakan yang nak lebih Internet lagi, anda boleh “kustomise” & tambah 5GB pada pelan anda.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

Pendek kata, pelan ini mengupayakan anda untuk menggunakan Internet mengikut kemahuan anda. Anda hanya bayar apa yang anda mahukan dan tukar pelan Internet anda pada bila-bila masa tanpa caj ekstra.

Lebih-lebih lagi pada musim Raya ni, mungkin anda perlukan lebih data untuk muatnaik selfie dengan kawan-kawan dan keluarga ke FB atau IG, atau mungkin nak hiburkan hati dengan lagu-lagu Raya kegemaran anda di Spotify. Kini, anda tak perlu lagi risau sama ada data mencukupi atau tidak kerana dengan aplikasi-aplikasi ini, akan anda nikmati data tanpa had!

Jika anda berminat untuk mendaftar ke Hotlink Postpaid Flex, kunjungi peniaga Hotlink terpilih, atau mana-mana sahaja kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vietjet Links Hanoi, Vietnam with Osaka, Japan

Lee Kwang-Soo dalam THE ACCIDENTAL DETECTIVE 2: IN ACTION