in

Adlin, Syamsul, Diana Danielle, Farid Kamil @ Team Toyo Drift Competition

Pada jam 10 pagi tadi telah berlangsung satu pertandingan sukan drift Team Toyo Drift 2008 di Speedway Plus Motorsport Circuit, Elite Expressway, Subang Jaya, Selangor. Budiey sekadar lepak-lepak dan jamu mata di sana melihat kereta menarik dan selebihnya, sekadar menerima pelawaan daripada Grand Brilliance Sdn Bhd.

Tidak sangka ramai juga peminat sukan permotoran ini datang dan sanggup berpanas semata-mata untuk melihat aksi menarik kereta drift. Tiket masuk berharga RM100 seorang dijual di pintu masuk dan semua pengunjung disediakan payung dan topi.

Gadis-gadis cantik yang menemani pemandu drift sempat berposing dan tersenyum untuk lensa kameraman.

Sebelum pertandingan bermula, Budiey sempat ronda-ronda di kawasan stor di mana tempat ini menjadi tempat kereta diberi servis dan pemeriksaan rapi sebelum pertandingan bermula.

Ramai juga penyertaan diterima pada kali pertama penganjuran. Antara negara terlibat ialah Japan, China, Hong Kong, Thailand, Malaysia, & New Zealand. Budiey sangat kesal dengan penganjur yang tidak menyediakan press release (siaran akhbar), jadi Budiey tak dapat menulis di sini nama-nama peserta.

Antara selebriti yang berminat dengan sukan drift ini ialah pelakon filem dan teater; Adlin Aman Ramli.

Budiey difahamkan promosi Filem Evolusi KL Drift diadakan sebagai selingan dan mengisi kekosongan masa di pertandingan ini. Kelibat pelakon dan pengarah filem Syamsul Haslam dan Diana Danielle Beeson kelihatan di tempat VIP. Budiey sempat bertemu dengan pasangan ini sekadar untuk bertanya khabar dan mengambil gambar.

Kesian Syamsul, khabarnya anak kesayangan Datuk Yusuf Haslam ini sedang demam. Walaupun tak sihat, semangat Syamsul masih kuat untuk datang menyokong promosi ini. Mungkin demam kira duit kot… hehehe, Budiey sempat menghantar SMS untuk mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan semua produksi filem Evolusi KL Drfit kerana telah mencapai kutipan yang memberangsangkan pada hari pertama dan kedua tayangan. Bukan senang untuk memecah rekod jumlah tertinggi tayangan pada hari pertama ini, dan ternyata filem pertama arahan Syamsul mendapat sokongan peminat.

Antara faktor yang melariskan filem ini ialah promosi yang hebat. Tiada saingan kuat dari filem luar dan masa tayangan yang sesuai. Sukan drift juga menjadi genre yang begitu menarik minat remaja kini dan ini sedikit sebanyak menarik orang ramai ke pawagam. Budiey difahamkan sukan drift ini diminati juga oleh bangsa Cina. Jadi, tidak hairan kalau ada peminat berbangsa Cina datang menonton filem ini. Tahniah Syamsul!

Syamsul juga turut hadir di pembukaan pawagam Golden Screen Cinemas di Alamanda semalam.

Gambar ceria Syamsul & Diana Danielle.

Diana: “Peace bro…”

Budiey juga terserempak dengan drifter dan juga pelakon Farid Kamil yang sibuk memerhati kereta drift. Tak sangka Farid Kamil ni pandai bawa kereta drift.

Ha, ini dia hadiah dan trofi (tidak termasuk air minirel ya)

[tags]Adlin aman ramli, Syamsul haslam, Diana Danielle, Farid Kamil, Team Toyo, Drift Competition, gambar mak diana, trophy, farid kami, penipu, naum, blur, gadis motor, seksi, gambar, selebriti, cockpit, website gay, dafi, zoey, fitna, the movie, congkak, website, foo fighting, alamanda, supermarket, af tracker, madam zora[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Backstage Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka

Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Backstage Konsert Setiakawan 2