in ,

Adira Tegas Mahu Berpisah, Guna Kaedah Hakam Tuntut Diceraikan

‘Saya hanya mahu yang terbaik buat anak-anak.’

Itu penjelasan penyanyi Adira Suhaimi, 28, sebaik selesai prosiding perlantikan hakam oleh mahkamah berhubung permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, hari ini.

Dikerumuni wartawan sebaik keluar dari bilik perbicaraan pada jam 3.30 petang, Adira enggan mengulas lanjut berikutan masalah rumah tangganya dan suami, Datuk Seri Adnan Abu, sudah dibawa kepada pengetahuan hakim.

Sebaliknya, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 28, meminta orang ramai mendoakan semoga segala urusannya lancar.ADVERTISING

“Maaf, saya tidak boleh membuka mulut mengenai perkara ini kerana masih dalam proses Mahkamah Syariah. Saya hanya mahukan yang terbaik buat diri dan anak-anak.

“Insya-Allah, apabila tiba masanya, pasti saya akan berkongsi kepada umum mengenai status diri. Buat masa ini, doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Adira berkahwin dengan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Sejak beberapa bulan lalu, gosip bertebaran konon rumah tangga penyanyi Pujaan Hati itu berantakan.

Namun, baik Adira mahupun Adnan, masing-masing menafikan perkara itu dan mempertahankan rumah tangga mereka masih utuh.

Pasangan ini menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Anggrek pada 10 Mac 2017. Anak kedua, Assan dilahirkan pada 9 September 2018, manakala anak ketiga yang dinamakan Anggun, dilahirkan pada 8 Ogos lalu.

Adnan mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama, Sharifah Norshafila Hassim.

Usahawan itu juga pernah berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniakan dua anak, masing-masing berusia 15 dan 20 tahun.

Sumber: Berita Harian

SELEPAS beberapa kali menafikan kemelut rumah tangga yang dihadapi sebelum ini, penyanyi Adira akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan cerai pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu ketika prosiding yang berlangsung pada petang Rabu, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanya mengenai pendirian Adira berhubung permohonannya,  bintang Akademi Fantasia berkenaan menjawab “saya tetap mahu teruskan perceraian ini”.

Bagaimanapun Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.

Untuk rekod Adira sebelum ini memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ditangguhkan.

Melalui kaedah hakam, hasrat isteri untuk bercerai dengan suaminya dapat direalisasikan walaupun suami enggan menceraikannya.

Kaedah ini tidak perlu perbicaraan, ia lebih kepada proses perantara iaitu dengan melantik pihak ketiga untuk putuskan perkahwinan itu diteruskan atau dibubarkan.

Ia boleh digunakan untuk kes suami isteri tinggal sebumbung, tetapi tiada sefahaman dan tidak menjalankan tanggungjawab tetapi suami belum mahu lepaskan isterinya.

Adira yang berpakaian serba hitam hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil.

Manakala, Adnan hadir bersama dua lelaki dipercayai teman rapatnya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Konsert Minggu Pertama Gegar Vaganza Musim Ke-6

Syamel, Ernie Zakri & Siti Bakal Jayakan Nurhaliza Konsert Karya Agung Pak Ngah