in , , , ,

Adik Kepada Siti Nurhaliza, Siti Saerah & Elyas Tahir Bertunang

Gossip Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K bergaduh sampai Siti Nurhaliza masuk wad hospital masih tak habis-habis orang duk canang sana sini. Anggaplah berita panas lagi sensasi ini sekadar ingin melariskan akhbar. Anda mahu percaya atau tidak, fikir dan buatlah analisa sebaik yang mungkin.

Walaupun orang kata, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang, tapi kena ingat jugak la, pokok bergoyang tu mungkin sebab ada beruk yang duk goyang. Tak semestinya angin yang duk goncang, kan?

siti nurhaliza gambar
foto dari Berita Harian

Kita tinggal dulu pasal Siti Nurhaliza, kita beri laluan sikit kat berita adik Siti Nurhaliza, Siti Saerah yang dah bertunang dengan kekasihnya, Elyas Tahir (24 tahun).  Majlis pertunangan Saerah diadakan pada 7 Julai 2007 dihadiri oleh sanak saudara dan rakan terdekat sahaja di rumah mereka di Kuala Lipis.

Tidak jemput media pun, sampai hatikan you all. Artis yang datang pun tak ramai, cuma pelakon filem 9 September, Fasha Sandha sorang je. Elok je tarikh tu kan, 070707. Tak silap, malam tu, Budiey ada join konsert Suria FM di Bukit Jalil. Elok la tu pilih semua angka tujuh.

Kahwin tahun depan pun pada 080808. Ada ong tu! Minta-minta anak Saerah lahir pun 7 orang ya, atau setidak-tidaknya boleh jadi James Bond 007. Selama setahun ikatan pertunangan, semoga Siti Saerah berbahagia bersama tunangnya.

Khabarnya, Siti Saerah yang pernah menyertai One In A Million dan MyStarz LG ini akan menyanyi lagu raya untuk album terbaru Siti Nurhaliza dan akan berduet dengan seorang bintang Akademi Fantasia 5.

Siti Nurhaliza sebagai kakak yang kini berada di Bali juga turut hadir meraikan majlis adiknya itu. Kepada Siti Saerah, warga Sensasi Selebriti ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas ikatan cinta kasih kalian berdua. Semoga hajat dan impian untuk mendirikan mahligai bahagia akan tercapai pada tahun hadapan.

siti saerah bertunang
gambar tunang siti saerah
gambar hantaran
siti nurhaliza
siti saerah tunang, elyas tahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6IXTHSENSE

Lirik Lagu Kelam – Adi 6ixth Sense

Manjalara Drama Emilda Rosmila ala Mi Gorda Bella?