in , , ,

Adaptasi Novel ISTERIKU 120 KG Gandingan Jaja Iliyes & Amar Asyraf

Bagaimana agaknya bila tubuh pelakon kecil molek Jaja Iliyes berubah saiz hingga 120 kg?

Berada dalam tubuh sebesar itu antara cabaran yang diterima Jaja untuk ‘menghidupkan’ watak gadis bernama Nelydia dalam adaptasi novel bertajuk “Isteriku 120 kg” karya Malek Rahman menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 12 Mac ini, setiap Khamis hingga Ahad, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri di TV1.

Turut menampilkan lakonan mantap Amar Asyraf, Hjh. Fauziah Hj. Nawi, Iswan Ismail dan Afifah Nasir, 13 episod drama bersiri ini menonjolkan kisah watak Aiman mengahwini Nelydia sekadar memenuhi wasiat oleh neneknya. Malangnya wanita tersebut bukanlah pilihannya berdasarkan saiz badan yang besar. Beliau terpaksa menurut kehendak wasiat tersebut demi untuk memiliki harta yang akan ditinggalkan kepadanya dan pelbagai cabaran percintaan yang perlu ditempuhinya bagi mencapai impian tersebut.

watak utama Amar Asyraf dan Jaja Iliyes

Ceritanya berlegar tentang Nelydia yang menaruh hati sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati Shahaikal. Namun sebaliknya Shahaikal tidak menyukainya dan seringkali memalukannya. 

Sementara itu, nenek Masyitah mengarahkan Aiman mencari Nelydia yang merupakan rakan sepermainan Aiman waktu kecil. Aiman menyuruh Ali melaksanakan tugas tersebut. Aini kecewa kerana Nelydia percayakan Asyikin yang sebenarnya adalah kekasih Shahaikal yang direstui oleh ibu Shahaikal, Datin Nerina. Tujuan Asyikin adalah supaya Nelydia faham yang cintanya akan ditolak Shahaikal.

penggambaran Isteriku 120 kg

Aiman terkejut apabila melihat saiz badan Nelydia dan meragui identiti Nelydia. Shahaikal berang apabila Nelydia menceroboh masuk ke bilik mesyuarat ketika perbincangan dilakukan dengan Aiman dari Gaharu Holdings. Shahaikal menolak Nelydia sehingga terjatuh mujur hadir Aiman membantunya. Aiman bertindak menghentikan urusan perniagaan dengan syarikat Setia Holdings milik Shahaikal. Layanan baik Aiman tempoh hari memberi kesan pada Nelydia. 

jaja iliyes dalam watak Nelydia

Aiman terkejut apabila beliau disyaratkan oleh Nenek Masyitah untuk mengahwini Nelydia sebelum harta keluarga dipindah milik kepada namanya. Aiman mula berbaik dengan Nelydia. Nenek Masyitah gembira apabila hasratnya untuk bertemu dengan cucu saudaranya, Nelydia tercapai apabila Aiman membawa Nelydia bertemu dengannya. Nenek Masyitah meragui identiti Nelydia apabila melihat saiz badan Nelydia berbanding ketika kanak-kanak. 

BABAK DALAM DRAMA INI

Aiman mahu memastikan Shahaikal tidak rapat dengan Nelydia selepas melihat Nelydia masih tergila-gilakan Shahaikal. Aiman berang apabila melihat Shahaikal bertemu dengan Nelydia sedangkan dia kini tunang Asyikin. Nelydia curiga namun akhirnya sedar dirinya ditipu Shahaikal. Shahaikal terus berusaha memujuk Nelydia membuatkan dirinya dalam dilema. Effa, kakak Nelydia memaksa Akil bertanggung terhadap anak dalam perutnya. Nelydia terkejut mendapati ibunya telah dibunuh oleh ayahnya. Nelydia pula bingung apabila terlihat kelibat Aiman sebagai 2 orang yang sama di rumah Aiman. Datin Nerina memberi kata dua kepada Shahaikal agar memilih Asyikin dan bukannya Nelydia.

Amar Asyraf watak Aiman

Datin Nerina mengupah Pak Mat untuk ‘menghapuskan’ Nelydia. Aiman menasihati Nelydia menjauhkan diri daripada Shahaikal. Kelibat Aiman yang sebenarnya adalah kembar Aiman iaitu Akil Zafril. Akil bertindak melemaskan Siti Norlela di sebuah tasik untuk menutup rahsia identitinya yang sudah terbongkar. Nelydia terkejut apabila mengetahui majlis pernikahan Shahaikal bersama Asyikin. Keluarga Datin Nerina terus menghina Nelydia dan Aiman segera mengajak Nelydia pulang. 

Nenek Masyitah menyuruh mereka menghadiri kursus kahwin dengan segera kerana majlis pernikahan mereka dalam masa terdekat. Nelydia terkejut menjumpai mayat Effa di tepi jalan dan mula mengesyaki Aiman. Perkahwinan Aiman dan Nelydia dilangsungkan setelah Nelydia bersetuju dan Akil nyata tidak gembira dengan keputusan tersebut. Nelydia terkejut dengan ugutan bunuh diterimanya. Sebenarnya Aiman yang dimaksudkan ialah Akil.

drama bersiri Isteriku 120 kg

Nelydia mula keliru dengan identiti Aiman dan Akil. Akil kembali ke rumahnya setelah yakin yang Nelydia telah mati. Akil mempunyai niat jahat iaitu untuk merampas harta yang akan diberikan pada Aiman. Aiman hairan apabila syarat wasiat telah ditambah oleh Nenek Masyitah. Syarat tersebut ialah Aiman dicegah berpoligami dan mesti menghasilkan zuriat dengan Nelydia.

Muncul Dyana terserempak dengan Akil yang disangkakan Aiman. Akil berminat membongkar identiti sebenar Nelydia. Dyana memaklumkan dia kawan Aiman zaman kanak-kanak. Akil mengambil kesempatan untuk mencapai impiannya dan beliau mula rapat dengan Dyana yang selama ini mencari Aiman setelah terpisah sekian lama.

Akil membongkar rahsia sebenar dirinya pada Dyana dan kisah Aiman berkahwin dengan ‘Nelydia’. Beliau juga berkongsi kisah harta yang sepatutnya dibahagikan kepadanya dan juga Dyana sebagai Nelydia yang sebenar. Dyana setuju untuk bekerjasama dan jatuh cinta dengan Akil. Akil mengekori Aiman sehingga ke rumah Nek Wan dan cuba untuk membunuh Nelydia namun gagal. Sejak itu, barulah Nelydia tahu wujud 2 orang dengan wajah yang serupa. 

Aiman menjelaskan identiti kembarnya, Akil pada Nelydia yang akhirnya faham tentang kekeliruannya selama ini. Akil terus membeli ‘jiwa’ Dyana dengan menghadiahkan pelbagai barang kepadanya. Aiman berkongsi kegembiraan yang Nelydia bakal menimang cahaya mata dengan Nenek Masyitah. Dyana yang terserempak dengan Nelydia memperkenalkan dirinya sebagai ‘Nelydia’ yang sebenar. Nelydia terus mengambil hati Aiman agar terus mempercayainya. Aiman mula mempersoalkan tindakan Nelydia yang ternyata mengejutkannya. Aiman terus bersikap dingin terhadap Nelydia manakala Mak Cik Audah menasihati Aiman agar memaafkan Nelydia.

Nelydia selamat melahirkan anak yang diberi nama Haziq dan beliau meminta maaf tentang sikapnya tempoh hari. Akil terus mengingatkan Dyana agar segera melakukan tugasannya untuk berkongsi 30% dari harta tersebut. Dyana bertemu dengan Nenek Masyitah dan membongkar identiti Nelydia. Nelydia mengaku penyamarannya pada Aiman tetapi dalam masa yang sama menuduh Aiman melakukan semua ini untuk memiliki harta yang diwasiatkan. Aiman menghalau Nelydia keluar dari rumah.

Dyana terus mengugut Aiman tentang syarat untuk mendapatkan harta tersebut yang memerlukan beliau berkahwin dengannya. Aiman berlakon seperti diserang strok untuk menguji Dyana. Dyana mula bersikap sombong sejak duduk di rumah Aiman. Dyana menerima Nelydia bekerja di rumah Aiman dengan nama samaran Lily. Mereka tidak sedar yang Lily sebenarnya merupakan Nelydia. Nelydia mula menjaga Haziq dan Aiman serta berpeluang untuk kembali rapat dengan orang yang dicintainya. Lalu apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kanak-Kanak Pencinta Haiwan Dalam Rahsia Si Comel di TV1

Isteri Da’i Farhan Kongsi Pengalaman dalam Lokap Seolah Hidup dalam Neraka Dunia