in ,

Ada Sebab Usher Mahu Yuna Jadi Penerbit Albumnya

Bintang R & B antarabangsa, Usher mengagumi bakat penyanyi tempatan, Yuna, 29, dan berhasrat mahu bekerjasama lagi dengannya lagi selepas kejayaan lagu duet mereka, Crush.

Penyanyi dari Amerika Syarikat itu juga mahu Yuna menjadi penerbit albumnya suatu hari nanti kerana percayakan kemampuan penyanyi kelahiran Malaysia itu.

yuna-usher

“Yuna sangat berbakat dan tahu bagaimana material tepat untuk seseorang penyanyi. Apa yang pasti, kerjasama menerusi lagu Crush bukan pertama dan terakhir kerana saya mahu bekerjasama dengannya lagi suatu hari nanti.”

Usher, 37, hadir ke Malaysia bagi menjayakan persembahan sempena kejohanan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Usher sebelum ini menyambut baik pelawaan Yuna untuk bekerjasama menerusi lagu Crush yang dicipta Yuna hingga lagu itu mendapat sambutan luar biasa.




Usher juga mengakui dia memang kagum dengan Yuna sejak pertama kali berjumpanya dulu.

“Dia adalah antara penyanyi yang betul-betul berjaya menambat hati saya. Yuna memiliki ‘tone’ suara yang sangat indah selain begitu berbakat dalam mencipta lagu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan WAJAH Koir Kebangsaan Malaysia di Melaka

CERIA I-STAR Tampilkan Bakat Islamik Unik Dan Luar Biasa