in

Ada Sebab Tayangan Filem HUSTLERS Dibatalkan di Malaysia

Filem HUSTLERS dibatalkan tayangan di Malaysia kerana tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem.

Umum tahu, filem ini adalah sebuah filem filem komedi dan berunsurkan jenayah, namun pastinya ada sebab kenapa Lembaga Penapisan Filem mengambil keputusan untuk menarik balik tayangan yang sudah pun ditetapkan beberapa minggu lalu.

HUSTLERS

Sebagaimana pengumuman yang dikeluarkan oleh TGV Pictures selaku pengedar filem ini di Malaysia, Budiey turut mengumumkannya di sosial media. Lantaran itu juga, pembatalan tayangan filem ini berikutan Budiey.com juga terlibat mengadakan sesi tayangan buat pembaca Budiey.com.

Budiey mewakili pihak penganjur memohon maaf di atas pembatalan tayangan buat anda semua.

Sinopsis Filem HUSTLERS

Filem arahan Lorene Scafaria ini adalah diinspirasi dari kisah benar tertulis dalam artikel majalah New York berjudul “The Hustlers at Scores” oleh Jessica Pressler yang telah tular. Sekumpulan bekas penari di sebuah kelab malam iaitu Destiny, Ramona, Diamond, Mercedes, Elizabeth, Annabelle dan Liz, merancang untuk melakukan pencurian terhadap pelanggan Wall Street mereka yang kaya.

Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Constance Wu, Jennifer Lopez, Cardi B, Keke Palmer, Lili Reinhart, Julia Stiles dan ramai lagi.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 September 2019.

 Antara faktor utama yang menyebabkan Lembaga Penapisan Filem melarang tayangan filem HUSTLERS adalah pakaian yang terlampau seksi yang ditonjolkan dalam filem.

Begitu juga jalan cerita ini yang menceritakan tentang sekumpulan penari kelab malam yang sekaligus mendedahkan segala sisi gelap menjadi seorang penari kelab malam.

Mungkin sekiranya filem ini banyak mengalami potongan pastinya akan menjejaskan jalan cerita.

Ramai peminat telah pun bercadang untuk menonton filem ini di Bangkok dan juga Singapura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Huawei Releases HUAWEI WATCH GT 2

Buat Mamat Exists Ini Pesanan Jamal Abdillah Untuk Berhenti Dadah