in ,

Ada Sebab Lutfya Belajar Dialek Kelantan

Lufya Omar antara selebriti yang jarang menonjolkan sisi peribadi di laman sosial namun kini pelakon itu dilihat lebih terbuka apabila sedia berkongsi gambar bersama tunangnya di Instagram.

Menjalin ikatan dengan seorang doktor, Dr Che Muhammad Hafiz, sejak Ramadan lalu, katanya perkongsian itu dilakukan sekadar rakaman kenangan selain berharap peminat mendoakan mereka.

“Syukur perkenalan kami yang bermula dua tahun lalu dimeterai dengan ikatan pertunangan. Tunang saya seorang doktor yang turut menceburi bidang peragaan secara sambilan.

“Kami memang serius mahu membina keluarga bersama-sama malah ketika ini persiapan ke arah majlis perkahwinan juga sudah dimulakan. Mudah-mudahan apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.

“Andai mengikut perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak, majlisnya memang bakal dilangsungkan tahun ini cuma tarikhnya hanya akan dikongsikan selepas segala urusan diselesaikan,” kata bekas peserta Akademi Fantasia 6 (AF6).

Berkongsi persediaan bergelar isteri, Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar, 31, mula mempelajari dialek atau loghat Kelantan yang juga negeri asal bakal suaminya itu.

“Sebelum mengenalinya pun, saya mempunyai ramai kawan dari Kelantan. Cuma dulu ada perkataan yang disebut tetapi sukar difahami membuatkan saya terkial-kial.

Sekarang rasanya saya sudah boleh berborak dalam loghat Che Siti Wan Kembang,” katanya sambil tertawa. Mengenai perkembangan seni, Lufya bakal muncul dengan drama Umairah yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3, bulan depan.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem BEN-HUR

Kamera Dua Lensa Telefon Bimbit Huawei P9 Setanding Yang Lain