in ,

Ada Sebab Fathia Latiff Diganti Dengan Siti Elizad dalam Sepahtu Reunion Live

Fathia Latiff mendakwa berasa dipermainkan apabila sebuah produksi tidak membenarkannya muncul dalam satu program bual bicara walaupun dijemput pada malam tadi. Jika sebelum ini, nama Fathia pernah digugurkan daripada drama bersiri La Luna yang kemudian digantikan dengan Zahirah Macwilson.

Nampaknya, kali ini, Fathia sekali lagi digantikan dan kali ini dengan pelakon Siti Elizad. Khabarnya pelakon ini merupakan artis jemputan untuk program Sepahtu Reunion Live yang diadakan pada malam tadi.

Fathia Latiff

Namun, menurut seorang krew produksi tersebut, Fathia didakwa tidak muncul pada masa yang sepatutnya.

Khabarnya Fathia sepatutnya berada di set pada pukul 3 petang, tetapi pelakon wanita itu hanya muncul pada pukul 8 malam.

“Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada! Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti. Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?” katanya dipetik Astro Gempak.

Fathia Latiff

Sementara itu, pelakon berusia 30 tahun ini memuat naik beberapa posting di Twitter meluahkan rasa sedihnya tidak dibenarkan beraksi di atas pentas.

Fathia turut membuat video secara langsung di laman Instagram meluahkan rasa sedihnya. Ini kerana menurut tweet yang dimuat naik, keluarga pelakon itu turut hadir untuk menyaksikan program tersebut.

Fathia Latiff

Fathia Latiff

“Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.

“Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tak ada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka bagi alasan.

“Saya sampai pukul 8 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju Arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda,” kata Fathia menerusi applikasi live di Instagram.

Pelakon drama Ariana Rose ini mendakwa diminta untuk tunggu di belakang pentas sebelum program bermula. Tetapi, Fathia pula menyatakan produksi tersebut telah membatalkan kemunculannya tanpa memberitahu awal tentang perkara itu. Menurut Astro Gempak lagi, pihak produksi berkenaan terpaksa mencari artis lain untuk menggantikan Fathia dan berterima kasih kepada Elizad kerana membantu menyelamatkan keadaan.

Ini pula yang disiarkan oleh Miss K dalam Astro Gempak:

Sedang Miss K mahu mencedok lauk makan malam, tiba-tiba telefon Miss K berdering. Rakan Miss K yang merupakan salah seorang krew terlibat dalam program Sepahtu Reunion Live menghubungi Miss K.

Rakan Miss K membawa berita mengenai pelakon cantik, Fathia Latiff dan nada suara rakan Miss K itu kedengaran marah bercampur kecewa. 

“Miss K, aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul.

“Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

“Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

“Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

“Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

“Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

“Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu? 

“Tenaga produksi terpaksa muncul dengan Plan B. Nasib baik ada Siti Elizad yang mahu bekerjasama sebagai bidan terjun! Walaupun diberitahu last minute, kami puji kesungguhan Elizad yang bersedia untuk membantu dan menyelamatkan keadaan,” kata kawan Miss K panjang lebar.

Kalau nak ikutkan, panjang lagi aduan kawan Miss K tu tapi biarlah Miss K simpan sendiri. Dah macam novel pun ada. Dalam satu malam tu macam-macam jadi.

Nasihat Miss K buat Fathia, ubahlah perangai tu ye. Nak cakap awak tu artis baru, tak juga.

Fathia dah bertahun-tahun bergelumang dalam bidang hiburan dan rasanya awak dan semua orang pun tahu bahawa disiplin merupakan perkara yang paling utama.

Tak baik buat orang tertunggu-tunggu dan anda harus menghormati masa orang lain!

Sementara itu di ruangan komen, seperti biasa netizen telah melontarkan pelbagai kecaman terhadap tindakan Fathia. Ada yang menyarankan kepada mana-mana program agar tidak mengambil lagi Fathia di atas masalah disiplin yang dihadapi.

Segelintir netizen telah menasihatkan Fathia agar berubah jika mahu kekal dalam industri memandangkan imej buruknya yang telah mencalar banyak reputasi beliau sebagai seorang artis bertudung.

Ini bukannya pertama kali kes sebegini berlaku. Semoga Fathia sedar dan berubah untuk kebaikan diri sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang THE SHERRY SHOW

Lindsay Lohan ‘Sentap’ Dengan JLo Sebab Tak Follow Twiiter Miliknya