in ,

Ada Sebab Fahrin Ahmad Pilih Pramugari

Ramai yang bertanyakan pada Budiey, apa pekerjaan isteri kepada pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad. Pada sidang media sejurus selepas majlis nikah, Fahrin telah mendedahkan kepada media beliau ada sebab mengapa memilih wanita bernama Elena Hani Eleas yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan Emirates Airlines. Elena yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang itu kini bertugas sebagai Ketua Pramugari Emirates Airlines. Mereka pernah menuntut dalam kursus sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Sama cantik, sama elok, sama padan, kedua-dua pengantin baru ini nampak secocok dan sesuai bersama. Bagi Fahrin, persefahaman dan saling memahami antara satu sama lain menjadi tunggak dalam rumahtangga.

By @officialhlive "Manis sekali pasangan dua merpati sejoli ini. @fahrinahmad_fa dan isteri Elena Hani Eleas sedang ditemuramah oleh HLive. #hliveeksklusif #fahrinahmad #fahrinelena #fahrinahmadnikah #hlive" via @PhotoRepost_app

Tahniah buat Fahrin yang kini sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara. Teka teki bakal isteri Fahrin menemui titik noktah apabila beliau memilih Elena Hani, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Fahrin dan Elena dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim dan pengantin perempuan diwalikan oleh ayahnya, Eleas Hashim.

Fahrin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Fahrin menjadi bualan hangat apabila mengumumkan bakal berkahwin pada 9 Mei pada satu sidang media khas namun memilih untuk merahsiakan identiti bakal isterinya. Bagaimanapun pasangan pengantin itu tidak menghadiahkan sebarang dulang hantaran.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

“Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan Elena. Moga tanggungjawab sebagai ketua keluarga dapat saya laksanakan dengan baik. Doakan perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat. Amin.”

Selamat pengantin baru. Selamat hari jadi, Fahrin!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Mesin Basuh Activ Dualwash Sempena Hari Ibu

EH EH BAZAAR Kembali Dengan MEGA BAZAAR 2015