in

ABPBH 29 Berjaya Raih 5.5 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular BH 29 (ABPBH 29), anugerah paling berprestij dekad ini telah menyaksikan kemenangan besar buat pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai, Neelofa yang telah meraih Anugerah Pengacara TV Popular dan Anugerah Bintang Paling Popular pada malam Ahad lalu.

Malam penuh gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) berjaya meraih jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 5.5 juta (14.1 TVR) dengan purata 3 juta penonton atau 49.6% syer penonton sewaktu tayangan ABPBH secara langsung di TV3 bermula dari jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. (sumber: Nielsen Audience Measurement)

ABPBH 29 Berjaih Raih 5.5 Juta Penonton

[dropcap]A[/dropcap]cara Karpet Merah ABPBH yang disiarkan secara langsung di TV9 dari jam 8.30 malam hingga 9.00 malam berjaya meraih jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 1.5 juta (2.8 TVR) dengan purata 600, 000 penonton atau 9.8% syer penonton. (sumber: Nielsen Audience Measurement)

Selain menonton secara langsung di TV3, keseluruhan acara yang bermula dengan Karpet Merah pada jam 8.30 malam juga telah disiarkan secara ‘global live streaming’ melalui komputer, tablet dan telefon pintar di laman web rasmi ABPBH 29 (www.abpbh.com.my).

Rekod menunjukkan lebih 35, 988 menonton ABPBH 29 secara online menerusi laman web rasmi manakala tontonan secara online di saluran HD pula mencatat 20,376 penonton dari seluruh dunia. ABPBH 29 juga mendapat sambutan hangat dengan lebih 1.5 juta melayari laman web rasmi ABPBH 29. Untuk acara karpet merah pula seramai 4,309 orang telah menonton secara online.

Di laman sosial Twitter pula, #abpbh29 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga berjaya menduduki ranking pertama secara Malaysia dan ’global’ dengan mencecah sehingga setengah juta tweet. Kepada sesiapa yang ketinggalan menonton Karpet Merah dan juga ABPBH 29, mereka masih boleh saksikan menerusi ‘catch up’ di www.tonton.com.my.

#ABPBH29 Dominasi Di Laman Sosial, Trending Nombor 1 Di Malaysia Dan Seluruh Dunia

[dropcap]A[/dropcap]BPBH 29 menggandingkan empat figura popular iaitu AG dan Haiza dari KOOL FM, Mira Filzah dan Zizan Razak untuk mengemudikan majlis penganugerahan manakala Karpet Merah di POP TV pula dikendalikan oleh Hefny Sahat dan Nana Mahazan.

Secara keseluruhan, ABPBH29 mempertandingkan 13 kategori untuk undian melalui akhbar termasuk 5 kategori khas untuk undian secara online.

[pullquote align=”right”]Tahun ini telah menyaksikan Neelofa meraih trofi Bintang Paling Popular walau pun hanya berjaya merangkul Pengacara TV Popular manakala Sharnaaz Ahmad pula berjaya merangkul 2 kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular.[/pullquote]

Pelakon Filem Wanita Popular pula pulang ke tangan Fathia Latiff manakala kategori Pelakon Wanita TV Popular jatuh kepada Emma Maembong. Kategori Penyanyi Lelaki dan Wanita Popular pula masing-masing jatuh kepada Aizat Amdan dan Adira manakala kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pula diraih oleh kumpulan WINGS.

Abam pula merangkul kategori Artis Komedi Popular manakala Ifa Raziah berjaya membawa pulang kategori Artis Versatil Popular. Artis Baharu Lelaki dan Wanita Popular pula masing masing jatuh kepada Sufi dan Mira Filzah dan untuk kategori Penyampai Radio Popular dimenangi oleh DJ LIN. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula dianugerahkan kepada Fauziah Dato Ahmad Daud.

Kru penerbitan ABPBH 29 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Hamsiah Biri sebagai Penerbit ABPBH 29 dari Primeworks Studios.

Layari laman web www.tv3.com.my dan www.abpbh.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Travel: Apa Yang Menarik di Temple Tree Langkawi?

Peraduan Menang Tiket Konsert KURNIA SLAM