in , ,

Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia Secara Mengejut Semasa Tidur

Ini berita mengejutkan yang Budiey terima, PELAWAK terkenal Abam Bocey yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Selangor pada hari ini, Isnin, tanggal 10 Februari 2020 kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.

Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh. Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini. Berita mengejutkan ini dikongsikan oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,”

– Ali Puteh

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut. Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,”

– Nor Hidayah

Berita pemergian Abam Bocey ini telah diumumkan oleh rakannya, Fad Bocey dan Achey di Instagram. 

Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kauuuuuuuuu,” luah Fad yang sedang berada di Jepun bersama keluarganya.

– Fad 

Berita duka ini mengejutkan para peminat dan rakan artis yang turut bersedih atas pemergian beliau.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, yang kini berusia 5 bulan.

Kami di Budiey Channel mengucapkan salam takziah buat keluarga dan sahabat beliau. Semoga Allah tempatkan roh Abam dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Lagu Manakah Yang Bakal Menang di Anugerah Juara Lagu Ke-34

“Sepatutnya Mak Yang Pergi Dulu Dan Bukan Abang,”- Ibu Abam