in ,

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya, Dahlia Arissa, 9, telah mengalami keracunan makanan sehingga ditahan di wad sebuah hospital swasta sejak semalam.

Menerusi kemas kini Insta Story Diyana, mereka bertiga kini semakin baik dan telah menerima rawatan sewajarnya.

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

“Alhamdulillah, ia mungkin boleh menjadi lebih teruk daripada ini.

“Meskipun sakit, masih mendapat ubat dan dipermudahkan segala urusan,”

– Diyana

Menerusi kemas kini itu lagi, dapat dilihat ketiga-tiga mereka dimasukkan air ke dalam badan kemungkinan bagi mengatasi dehidrasi akibat simptom keracunan seperti muntah dan cirit-birit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Kepada Penyanyi Liza Hanim Meninggal Dunia

Peraduan Menangi 3 Pasang Tiket Menonton Filem ESCAPE PLAN : THE EXTRACTORS