in

Aaron Aziz Bakal Guna Pengawal Keselamatan Di Rumah

Pada hari Isnin, 14 Mei yang lepas, satu majlis penyampaian hadiah set rantai mutiara Rafflesia bernilai RM250,000 kepada pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz telah diadakan di Butik Rafflesia, Hotel Park Royal. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Rafflesia, Winnie Sin dan turut dihadiri oleh isteri Aaron, Diyana Halik dan juga para media.

Tahniah buat Aaron Aziz & isteri. Kena simpan elok-elok rantai ni. Mahal tu, kan?

Aaron Aziz

Budiey rasa, setelah Aaron Aziz memang dalam ABP, semakin murah rezeki beliau. Di mana pada hari ini juga (17 Mei 2012), Aaron Aziz juga akan dilantik sebagai duta produk makanan berjenama YOURGUT. Tahniah buat Aaron sekali lagi.

Ini ditambah lagi apabila Aaron Aziz ditawarkan menjadi hos program realiti terkenal Fear Factor Asia tak lama lagi. Syabas, bro.

Selain itu, tak lama lagi juga Aaron Aziz akan terbang ke Vietnam dan Korea Selatan dengan peminat bersempena kejayaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH). Best betul jadi Aaron Aziz nih.

Aaron telah menghadiahkan kalung mutiara bernilai suku juta ringgit tersebut kepada Diyana sebagai tanda menghargai usaha serta titik peluh isteri tercintanya itu yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada karier Aaron.Diharapkan kejayaan Aaron Aziz ini dijadikan satu persaingan sihat oleh selebriti lain khususnya artis kelahiran bumi Malaysia sendiri. Tak perlu nak dengki atau cemburu buta melulu. Eh, cemburu buta? Hehe…

“Aaron ingin mengucapkan terima kasih kepada Rafflesia di atas pemberian ini. Pada mulanya kami tidak tahu berapa nilai hadiah yang bakal diterima dan bila dapat tahu nilainya, kami suami isteri rasa bersyukur dan terharu sangat. Aaron memang susah untuk percaya sebab Diana pun tak beli barang kemas semahal ini, apatah lagi nilainya sama dengan beli rumah dan juga kereta. Apapun, saya anggap ini rezeki untuk tahun ini. Ia sesuatu yang istimewa, bernilai dan berharga sangat. Ini juga hadiah buat Diyana kerana kejayaan saya pun melibatkan titik peluh dia juga. Semestinya, kami tidak akan menjualnya dan akan simpan sampai turun temurun.”

Diyana yang turut berada di sisi Aaron turut meluahkan rasa gembiranya di atas pemberian suaminya itu.

“Syukur, alhamdulillah. Saya memang tak sangka dia menang. Saya juga tak sangka dengan kemenangannya itu ada bahagian untuk saya. Alhamdulillah.”

Ditanya mengenai langkah keselamatan yang akan diambil beliau memandangkan sejak kebelakangan ini banyak insiden yang tidak diingini berlaku seperti rompakan, samun dan sebagainya, Aaron menjawab, “Sudah pasti rantai ini tak akan berada di rumah di mana saya akan meletakkannya di tempat yang selamat.

“Sebelum ini saya sudahpun memasang sistem keselamatan di rumah untuk melindungi diri dan keluarga. Jadi, semestinya kali ini saya akan tingkatkan lagi sistem keselamatan kami. Mungkin bila keadaan memerlukan, seperti hendak simpan rantai ini, saya akan gunakan khidmat pengawal keselamatan. Apapun, saya serahkan semuanya kepada Allah dan berharap kami dilindungi dari perkara yang tidak diingini.” – via Gua Malaysia

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. salam semua…walau news ni setahun lepas….saya tetap berminat utk baca,gud luck abg aaron dan kak diana….sayang kamu berdua….walau thn ni kalah,mungkin ada rezeki besar yg lebih menanti abg thn ni……amin

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kat Hassan Lancar Album Sulung Berjudul MENGGODA

Suria FM Jawap Isu Tuduhan Penipu & Peniru