in

8TV menyerlah di GOLDEN AWARDS 2012

8TV menyerlah di GOLDEN AWARDS 2012

Sekali lagi usaha mereka membuahkan hasil! Saluran televisyen Malaysia paling hip 8TV sekali lagi telah memenangi anugerah di Golden Awards 2012 yang bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre melalui stesen ntv7 pada 22 September 2012.

Best Magazine Programme Host &Best Variety and Entertainmen Programme Host

Best Magazine Programme Host &Best Variety and Entertainmen Programme Host

Golden Awards merupakan anugerah berprestij dan diiktiraf dalam industri televisyen Cina Malaysia. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf hasil karya terbaik tenaga-tenaga kerja yang telah menyumbang di hadapan kamera dan di sebalik tabir disamping meraikan bakat-bakat terbaik di negara ini. Anugerah ini juga mengangkat industri hiburan Cina Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Tahun ini sebanyak 21 anugerah yang dipertandingkan dalam 3 kategori iaitu Drama, Non-drama dan Viewers’ Choice. 8TV berjaya menggondol 8 anugerah antaranya Best Drama – Adjuster, Best Director – Chan Wei Cheang menerusi Goodnight DJ 2, Best Original Screenplay – Chong Sheon Wei, Lum Lai Yep, The Kean Guan untuk Goodnight DJ 2, Best Drama Theme Song – Henley Hii menerusi drama A Time To Embrace, Best Variety & Entertainment Programme – Love In Seoul, Best Variety and Entertainment Programme Host – Cheryl Lee menerusi program Hot Chef Season 1, Best Magazine Programme Host – Cheryl Lee untuk program Truth Next Door dan Most Popular TV Host / Presenter – Natalie Ng.

Menurut Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7 “8 anugerah untuk ulang tahun 8TV yang ke-8! Saya cukup teruja! Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga kerja 8TV daripada pemenang, pengarah, editor dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak yang menyumbang kepada kejayaan 8TV.”

“Kami sentiasa mempunyai tenaga kerja yang kuat dan ini terbukti dengan kemenangan 8TV di pelbagai anugerah kreatif serantau Asia sejak penerbitannya dan kami akan mengekalkan sikap positif dan akan terus bekerja keras menghasilkan sesuatu yang memberi impak kepada industri hiburan negara,” tambah Airin.

Saksikan program-program 8TV kegemaran anda menerusi Catch Up’ di www.tonton.com.my atau ikuti kami di laman sosial www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv, www.youtube.com/8tvaddicts dan instagram @8tv. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708.

Most Popular TV Host Presenter

Most Popular TV Host Presenter

Best Variety & Entertainment Programme

Best Variety & Entertainment Programme

Best Director

Best Director

Best Original Screenplay

Best Original Screenplay

Best Drama Theme Song

Best Drama Theme Song

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Cabaran Garnier Light 2 Tona Lebih Cerah

Golden Awards Winners 2012 List of Winners