in

8TV Lancar Kempen Adopt A Turtle

8TV LANCARKAN KEMPEN “Adopt a Turtle”

“Heal the world, make it a better place, for you and for me and the entire human race”. Begitulah antara rangkap puitis lagu “Heal the World” yang dipopularkan oleh mendiang Raja Pop dunia, Michael Jackson. Lagu ini bertepatan dengan kempen terbaru “Adopt a Turtle” yang dilancarkan oleh 8TV dengan kerjasama WWF-Malaysia. Bersempena dengan Hari Laut Sedunia pada 3 Jun 2012, 8TV dan WWF-Malaysia melancarkan satu kempen “Adopt a Turtle” ini dengan satu misi iaitu mendapatkan sokongan padu rakyat Malaysia menyelamatkan penyu-penyu yang semakin pupus.

Kempen ini juga dilancarkan untuk mengumpulkan selebriti tempatan, para media serta rakyat Malaysia untuk sama-sama berganding bahu dalam usaha menyelamatkan hidupan marin ini. Kenapa usaha ini dijalankan? Dari sudut komposisi ekosistem hidupan liar, penyu telah menyumbang kepada keseimbangan ekosistem marin dan menjadikan pantai sebagai sarang mereka bertelur. Kehadiran hidupan marin ini membantu memberi nutrisi kepada pantai serta lautan dan membantu mengekalkan keseimbangan tumbuhan akuatik.

8TV save the turtles - Copy

Penyu merupakan haiwan yang berasal dari kumpulan herbivor dan pola pemakanan mereka yang memakan rumpai laut meningkatkan keseimbangan serta kadar pertumbuhan rumpai laut. Penyu turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kehidupan temburu karang dan rumpai laut. Tambahan pula, usaha hidupan marin ini menghalang rumpai laut dari membesar tanpa kawalan dan mengakibatkan penularan penyakit yang akan memberi impak negatif kepada spesis hidupan marin yang lain.

Penyu turut memainkan peranan penting dalam mengimbangi rantai makanan hidupan laut serta menyumbang kepada ekosistem manusia. Zat nutrisi dari telurnya menyumbangkan tenaga makanan kepada spesis yang berhabitatkan pantai dan persisirannya dan turut memberi kesan positif kepada spesis di sekelilingnya.
8TV menyokong usaha daripada WWF-Malaysia yang menyeru rakyat Malaysia untuk mengurangkan permintaan daging spesis terancam ini dalam pasaran gelap. Bagi memulihara dan memelihara ekosistem hidupan liar, hutan serta hidupan marin, WWF- Malaysia membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem kita, makanan serta keperluan air bersih demi keperluan serta kesejahteraan di masa hadapan.

Sebagai initiatif pertama menyumbang usaha kerjasama ini, 8TV telah memilih untuk mengambil 8 ekor penyu untuk dipelihara. Bagi memupuk kesedaran dan menjalinkan ikatan yang lebih erat antara penonton setia dengan usaha yang sedang 8TV jalankan ini, sebuah jalan cerita diolah untuk diperdengarkan :
Alkisah bermula… ketika bersiar-siar di pantai Powpow terdengar jeritan meminta tolong lalu berlari ke arah jeritan itu dan mendapati beberapa ekor penyu terperangkap dalam jala. Powpow menggunakan segala kudrat yang ada untuk membantu membebaskan penyu-penyu itu. Penyu-penyu itu berterima kasih kepada Powpow dan menjemputnya ke rumah mereka.

Bermula dari saat itu, Powpow mengetahui bahawa populasi penyu terancam dan ancaman yang mereka hadapi berpunca dari sikap segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan. Penyu-penyu itu kemudiannya membawa Powpow menikmati keindahan pantai yang kini dicemari dengan botol kosong, tin, beg plastik yang dibuang merata-rata di persisiran pantai. Powpow menyedari betapa mudahnya sampah-sampah itu mampu memusnahkan keindahan alam sekitar dan rumah kepada penyu-penyu ini.

Selepas mendengar rintihan penyu tersebut, Powpow berganding bahu bersama-sama 8 ekor penyu ini menyelamatkan populasi penyu dan alam sekitar. Sertailah Powpow dan 8 rakan baru beliau dalam usaha murni mereka.

Sertailah 8TV dan WWF-Malaysia dalam usaha untuk memelihara bumi kita. Kini tiba masanya untuk anda menyumbang bakti kepada usaha murni ini. Misi 8TV seterusnya adalah untuk mencari penyumbang bagi memelihara 100 ekor penyu. Hanya melalui sumbangan sebanyak RM38.00 sebulan bagi setiap ekor penyu diperlukan dan mereka boleh menyumbang selama mana yang mereka inginkan.

¬¬Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul “Kempen “Adopt a Turtle” ini mengajar kita semua tentang usaha sekecil ini mampu mengubah dunia sekaligus menyelamatkan spesis penyu yang semakin pupus. Kongsi informasi ini dengan keluarga dan rakan anda dan bersama-sama kami menjayakan usaha murni ini.”

Daftarkan diri anda untuk kempen “Adopt a Turtle” bermula 3 Jun 2012, melalui www.facebook.com/8tv. Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, sila layari www.8tv.com.my.

8TV juga boleh ditonton di saluran 708 di Astro. Penonton juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my serta ikuti kami di laman sesawang www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Hapuslah Air Matamu Lakonan Sharifah Aini

Pra Dengar Single Terbaru Awi Rafael ASALKAN AKU OK