in ,

6 Bulan Tiada Pendapatan, Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Van Sekolah

Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Ustaz Ebit telah memberikan bantuan kepada pengusaha van sekolah yang terjejas pendapatan susulan penutupan sekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Ustaz Ebit berkata dia tidak dapat menahan sebak apabila ada pemandu van sekolah yang meminta bantuan daripadanya yang sudah sudah enam bulan tiada pendapatan.

Ujarnya, ramai pemandu van sekolah terpaksa melakukan kerja-kerja lain dengan menjadi penghantar makanan dan berniaga makanan secara kecil-kecilan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ustaz Ebit Lew

Kata Ustaz Ebit lagi, tanpa pemandu van sekolah pasti susah ibu ayah di luar sana untuk uruskan anak-anak ke sekolah lebih-lebih lagi buat mereka yang bekerja. Difahamkan, Ustaz Ebit menghulurkan sumbangan barangan dapur serta sedikit duit belanja buat 250 orang pemandu van yang terjejas.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan usahanya itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung pemandu van sekolah yang terlibat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jumlah Mencecah Kepadatan Penduduk Malaysia, Haqiem Rusli Nafi Beli Undi

Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut