in , ,

55 Artis Buat Swab Test Sebagai Persediaan ke Anugerah Juara Lagu 35

Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 akan bersiaran langsung pada hari Ahad ini, disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dengarnya, SOP sangat ketat sebab kesemua artis terlibat iaitu lebih kurang 55 artis merangkumi finalis dan selebriti diwajibkan menjalani saringan dan kena buat swab test.

Antara kelibat artis dilihat melakukan pemeriksaan secara pandu lalu itu adalah Nabila Razali, Zizi Kirana, Hael Husaini, Ayie Floor 88, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.Tak ketinggalan, pengacara pun kena buat ujian calitan, hos AJL35 iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

AJL35 berlangsung tanpa penonton bagi mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Seramai 12 finalis akan bersaing pada malam kemuncak AJL35 dengan lagu terbaik diangkat sebagai Juara Lagu.

Kita harapkan tiada apa-apa buruk berlaku di AJL dan acara ini berlansung dengan lancarnya. Good luck buat semua finalis yang bertanding. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Tahun Tak Bertegur Sapa, Hafreez Adam Terima Tawaran Berlakon Dengan Zara Zya

Melahirkan Penyanyi Yang Berkualiti, Todak Music Jalin Kerjasama Dengan Warner Music Malaysia