in ,

4.4 Juta Pendengar Star Radio Group

Menerusi kajian pengukuran pendengar oleh firma penyelidikan terkemuka, GfK yang diadakan baru-baru ini, Star Radio Group mencatatkan peningkatan sebanyak 16% terhadap keseluruhan jumlah pendengarnya dalam masa seminggu lantas menjadikan pendengar terbaharu kini berjumlah 4.4 juta orang. Syarikat penyelidikan antarabangsa ini memperkenalkan kaedah yang bersepadu dan meliputi pelbagai cara antaranya pengambilan data secara mudah alih dan atas talian.

Menurut Kudsia Kahar, Ketua Pegawai Operasi Star Radio Group, “Kami gembira untuk berkongsi hasil ini apabila prestasi Star Radio Group terus meningkat. Perlantikan GfK pada tahun 2014 telah memainkan peranan yang cukup penting bagi kami dalam melaksanakan strategi yang berkesan terhadap keempat-empat radio di bawah naugan Star Radio Group ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap pendengar-pendengar dan klien-klien kami adalah antara faktor kejayaan utama di dalam kajian kali ini.”

Star Radio Group, menerusi empat stesyen radionya, berjaya menguasai 89% daripada pendengar yang berada di bandar. Selain itu, 60% daripada pendengar Star Radio Group juga terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM 3,000 dan keatas serta menjadi pilihan 50% daripada mereka yang berumur 20 – 39 tahun.

KUDSIA_KAHAR

Pencapaian-pencapaian lain:

SURIA FM: STESEN RADIO BERBAHASA MALAYSIA DENGAN PENINGKATAN TERTINGGI

Suria FM terus menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila jumlah pendengar keseluruhannya mencatatkan peningkatan sebanyak 40% menjadikan pendengarnya kini berjumlah 2.8 juta seminggu. Pencapaian ini meletakkan Suria FM sebagai radio berbahasa Malaysia dengan kenaikan paling tinggi mengatasi pesaing-pesaingnya.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, “Dalam pasaran yang kian mencabar, Suria FM mempamerkan pencapaian yang cukup baik. Fokus kami dalam menitikberatkan pembaharuan dalam kandungan telah menepati citarasa khalayak sasaran Suria dah ternyata membuahkan hasil. Tidak kira dimana juga pendengar kami berada, kami sentiasa meletakkan mereka sebagai keutamaan dan memberikan yang terbaik buat semua”.

Suria Cinta kelolaan DJ Lin dan Ceria Pagi bersama Adibah Noor dan Baki Zainal dilihat sebagai segmen yang paling berjaya diantara semua segmen-segmen di dalam stesen radio berbahasa Malaysia yang lain. Di dalam kajian terbaharu ini, pendengar dilihat menghabiskan masa selama 3 jam 38 minit seminggu mendengarkan DJ Lin sekaligus meningkatkan peratusan jumlah masa mendengar untuk segmen Suria Cinta sebanyak 34%. Ceria Pagi juga menunjukkan pertumbuhan dimana pendengarnya kini telah melonjak sebanyak 24%.

988: STESEN RADIO BERBAHASA CINA NOMBOR 1 DI PULAU PINANG

Mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen radio berbahasa Cina kedua di Malaysia, 988 terus beraksi cemerlang apabila pendengarnya kini mencecah 1.3 juta orang seminggu. Segmen Morning Up y ang diterajui oleh Chan Fong, Sam Mak dan Anson telah menjadi segmen pagi kegemaran rakyat Malaysia berbanding segmen pagi radio-radio berbahasa Cina yang lain.

“Kunci kejayaan kami adalah kualiti isi kandungan dalam apa jua platform. Oleh sebab itu, salah satu kejayaan yang ingin dicapai adalah memenangi hati pendengar kami di utara tanahair dan ternyata 988 kini merupakan stesen berbahasa Cina nombor satu di Pulau Pinang”, Kata Lim Tock Peng, Pengarah Program 988.

RED FM: STESEN RADIO BERBAHASA INGGERIS DENGAN PERKEMBANGAN TERPANTAS.

Menepati jangkaan untuk kajian kali ini, Red FM terus menguasai kenaikan jumlah pendengar untuk stesen radio berbahasa Inggeris. Dengan jumlah pendengar seramai 441,000 orang seminggu, Red FM menjadi pilihan pendengar sasaran berumur 25 – 34 tahun. Segmen Red Rush bersama Kavin Jay turut mencatatkan kenaikan pendengar sebanyak 17% dan menjadikan Red FM berada dalam kelompok lima stesen radio berbahasa Inggeris pilihan rakyat Malaysia.

Sheela Haran, Pengurus Program Red FM berkata, “Kami amat berbesar hati dengan pertumbuhan positif Red FM dari setahun ke setahun. Mengkaji semula kandungan, mengubah pendekatan sasaran dan strategi bagi menepati khalayak sasaran terbukti berkesan di dalam hasil kajian kali ini”. Lebih menbanggakan, 76% daripada pendengar di bandar dengan pendapatan RM3,000 dan keatas memilih untuk mendengarkan Red FM.

CAPITAL FM: STESEN RADIO PILIHAN WANITA MODEN

Walaupun Capital FM hanya mempunyai frekuansi di Lembah Klang dan Pulau Pinang, itu tidak mengehadkan pertumbuhan Capital FM dalam memikat hati pendengar. Capital FM meraih pasaran pendengar muda yang eksklusif dan moden iaitu seramai 47,000 orang setiap minggu.

Bersesuaian dengan konsep Capital FM untuk memperkasakan wanita, stesen ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila 81% daripada jumlah pendengarnya terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM4,000 dan keatas.

Menurut Pengurus Program Capital FM, Nisha Sundrum, “Barisan program di Capital FM sememangnya direka untuk wanita Malaysia yang kuat pendiriannya dan berkeyakinan. Kami terus berharap strategi dan pengisian kami memberi faedah dan memenuhi kehendak mereka”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kembara Hip Hop SONAONE Dalam Hip-Hoppin Asia: The Saga Continues

Peraduan Menangi 20 Buah Kereta Myvi Sempena Aidilfitri