in , ,

25 Tahun Cinta Ditolak, Reaksi Diva AA Bersama Ziana Zain Bikin Penonton Terhibur

Siapa yang kenal dengan pengacara bermulut lantang, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, pasti tahu tentang kisah cintanya terhadap penyanyi terkenal, Ziana Zain. Yang pastinya dari dulu sampai sekarang, nampaknya seperti Diva AA tak pernah nak move on sebab masih mengungkit perasaan yang terbuku dalam hatinya itu.

Perasaannya terhadap pelakon Sembilu itu bukan satu rahsia dan telah diluahkan secara umum sejak zaman muda mereka lagi, dan walaupun cintanya ditolak, Diva AA nampaknya tidak pernah move on dari perasaannya itu berdasarkan beberapa posting yang tular baru-baru ini.

Antaranya adalah perkongsian oleh pengacara Lagu Cinta Kita 2 itu sendiri di laman Instagramnya yang mana dia berkata dia telah termimpikan wanita idamannya itu dan meminta peminat untuk mentafsir mimpi tersebut.

25 Tahun Cinta Ditolak, Reaksi Diva AA Bersama Ziana Zain Bikin Penonton Terhibur

Dalam episod terkini Lagu Cinta Kita 2 pula, sekali lagi selebriti tersebut mengungkit tentang cintanya yang ditolak apabila Ziana Zain menjadi artis jemputan rancangan tersebut.

Dalam sebuah klip yang tular di Twitter, Diva AA yang mengacarakan rancangan tersebut bersama Elly Mazlein telah bertanyakan kepada Ziana mengapa cintanya ditolak, yang mana bekas pramugari itu menjawab bahawa pengacara tersebut bukan ‘seleranya’.

25 Tahun Cinta Ditolak, Reaksi Diva AA Bersama Ziana Zain Bikin Penonton Terhibur

Jawapan jujur Ziana Zain itu membuat Diva AA malu sehingga dia hampir menumpahkan minuman ke atas kepala Kak Kepom, mengundang ketawa penonton.

Malah netizen juga mempunyai pelbagai komen menarik mengenai klip tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanya Dengan TikTok, Gadis 16 Tahun, Charli D’Amelio Berjaya Raih Pendapatan Lebih RM16Juta

Kisah Abang Kehilangan Adik, Muzik Video Purnama Dari Naim Daniel Bikin Penonton Sebak