in

20 Jam Tonton Wayang Tanpa Henti Di Movies in the Rainforest AIFFA 2013

Esok pagi, Budiey Dot Com akan terbang ke Kuching, Sarawak untuk buat liputan menyeluruh di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA 2013) yang bakal berlangsung mulai esok, 28 hingga 30 Mac ini. Anda boleh mengikuti liputan, kemaskini terkini dan gambar dengan mengikuti Budiey di Twitter, Instagram dan Fanpage. Follow Budiey: @budiey.

Esok, Movies in the Rainforest akan berlangsung di mana sebanyak 80 buah filem yang dipertandingkan dalam acara terbesar ini akan ditayangkan kepada umum. Budiey dengar, selebriti juga akan turut hadir.

Menarik mengenai festival ini, dengan bayaran RM18, penonton berpeluang merasai pengalaman menonton wayang selama 20 jam tanpa henti bermula dari jam 12 tengah hari hingga ke jam 7 pagi keesokkan harinya.

Tentunya, pengalaman yang berbeza menanti penonton kerana filem-filem tersebut akan ditayangkan dalam suasana alam semulajadi hutan hujan yang belum tercemar.

Tiket ‘Movies in the Rainforest’ boleh didapati dengan menghubungi talian 082-414661 atau 1800-88-96753. Maklumat lanjut boleh didapati di www.aseanfilmfest.com atau kunjungi laman Facebook AIFFA 2013.

Tiket boleh dibeli melalui online: www.ticketpro.com.my

AIFFA 2013 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia), serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Budiey Dot Com merupakan Blogger Rasmi untuk #AIFFA2013.

Anda boleh mengikuti kemaskini dengan follow Twitter Rasmi AIFFA iaitu @AIFFA2013 dengan hashtag #AIFFA2013.

Antara selebriti Malaysia yg akn hadir di #AIFFA2013: Maya Karin, Shaheizy Sam, Nur Fazura, Dain Said, Datuk Michelle Yeoh, Hans Isaac, Datin Tiara Jacquelina, Datin Sofia Jane, Vanidah Imran, Julia Ziegler, Sharad Sharan, Bernard Chauly, Esma Danial, Kavita Kaur & ramai lagi

Kepada Budieyators yang berada di Kuching, Sarawak, jom kita jumpa esok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photos & Videos Twin Towers Alive 2013

Alvin Anthons Lancar Muzik Video Lagu Sally