in ,

Baju-T Grafik Filem Frankenweenie Dijual di Uniqlo

Baju-T Grafik Frankenweenie Dijual di Butik Uniqlo Mulai Hari Ini

Baju-T Asli UNIQLO akan Direka Khas sempena Pelancaran Filem Baru oleh Tim Burton, Pengarah “Alice in Wonderland”

Para peminat komedi gelap Tim Burton kini boleh menantikan rangkaian baju-T grafik Frankenweenie, yang mengetengahkan “Frankenweenie” Wonderland Disney, diarahkan oleh Tim Burton (Alice in Wonderland).

Baju-T Grafik Filem Frankenweenie Dijual di Uniqlo

Sebuah filem animasi stop motion, “Frankenweenie” akan difilemkan hitam putih dalam format 3D yang akan menyerlahkandan memberi pengalaman baru kepada olahan semula filem pendek klasik tahun 1984 Tim Burton, “Frankenstein”. Bagi meraikan pelancaran filem seram komedi ini, 15 baju- T grafik Frankenweenie yang berlainan akan turut dilancarkan di Malaysia pada 25hb Oktober, yang bakal disediakan di 13 buah negara lain. Para peminat boleh mendapatkan baju-T Frankenweenie di semua kedai UNIQLO kecuali kedia Setia City Mall.

Baju – T grafik Asli yang mempamerkan lakaran-lakaran asal Tim Burton

Baju-T grafik “Frankenweenie” akan mempamerkan rekaan daripada lakaran asal Tim Burton dan akan ditawarkan dengan sejumlah 15 rekaan (hanya mengikut saiz lelaki). Baju-T grafik yang menyerlahkan dunia indah “Frankenweenie” pasti akan menambat hati para peminat Tim Burton di serata dunia. “Menggunakan lakaran asal saya dan pemidang filem pilihan khas daripada filem animasi henti gerak terbaru saya, baju-T grafik “Frankenweenie” UNIQLO telah menjadi satu koleksi yang mencetus inspirasi.” – Tim Burton

Baju-T Grafik Filem Frankenweenie Dijual di Uniqlo

Baju-T Grafik Filem Frankenweenie Dijual di Uniqlo

Baju-T Grafik Filem Frankenweenie Dijual di Uniqlo

Baju-T Grafik Filem Frankenweenie Dijual di Uniqlo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reebonz Celebrities Interview with Atilia Haron Yasmin Hani & Mayjune Tan

Laguna Music Sambut Showcase Ulangtahun Ke-10