in

Penny Tai Menang Anugerah Muzik Persatuan Wartawan Hiburan

Penny Tai Menang Lagi!

Penyanyi berbakat besar Penny Tai yang bernaung di Taiwan, diiktiraf di Anugerah Muzik PWH yang diadakan di Arena Star, Genting Highlands, baru-baru ini.

[dropcap]D[/dropcap]ibesarkan di Johor, penyanyi itu berjaya membawa pulang enam anugerah, antaranya ialah Lagu Asli Tempatan Top 10, Lagu Asli Antarabangsa Top 10 dan Komposisi Lagu Tempatan Asli Terbaik! Dia juga memenangi Anugerah Pilihan Media di atas usahanya yang berterusan di dalam industri muzik. Anugerah Pilihan Media adalah anugerah berprestij yang dicalonkan dan disampaikan oleh media tempatan.

Penny Tai Wins PWH Music Awards

Dengan memenangi anugerah bermakna itu, sekali gus Penny mencipta rekod sebagai penyanyi pertama yang memenangi anugerah itu selama dua penggal berturut-turut! Majlis itu dihadiri oleh Michael Wong, Jess Lee, Penny Tai, Manhand, Ken Lau, Will Ng dan ramai lagi.

Penny berkata dalam penuh emosi ketika menyampai ucapan terima kasihnya, “Ini adalah suatu penghargaan bagi saya kerana dapat menerima Anugerah Pilihan Media, di mana ia sebagai sebuah simbol pengiktirafan bagi muzik ciptaan saya dan barisan kerja saya yang lain.

Cinta yang mendalam, keghairahan dan semangat tinggi yang saya terapkan dalam kerjaya muzik saya sering menjadi pemacu untuk saya ke hadapan!”

Namun, Penny mengejutkan hadirin pada malam itu dengan mengumumkan dia tidak lagi akan menyertai pertandingan itu selepas pesan ibunya yang ingin memberi peluang kepada orang lain.

“Ini bukanlah di atas sebab saya memberi peluang kepada orang lain untuk menang; sebaliknya saya mempunyai keyakinan terhadap mereka untuk memenangi lebih dari apa yang saya peroleh sejak tahun-tahun lepas!”

Acara dwi-tahunan, Anugerah Muzik PWH itu adalah majlis berprestij yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan, yang mana turut dikenali sebagai Persatuan Wartawan Hiburan Wilayah Persekutuan (PWHWP).

Persatuan ini adalah persatuan bukan kerajaan yang diiktiraf, yang mempunyai objektif untuk memberi anugerah kepada artis Cina tempatan dan bagi memperbaiki kualiti lagu-lagu di dalam negara. Persatuan ini ditubuhkan pada 1987 dan ditunjangi oleh barisan wartawan hiburan terhormat dari akhbar dan majalah berbahasa Cina.

Penyampaian anugerah pertama yang diadakan dua tahun kemudiannya telah mendapat pengiktirafan dan tarikan dari industri muzik tempatan dan antarabangsa kerana ketelusan dan reputasinya yang tinggi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Travel Majestic Malacca

Sinopsis Filem Perahu Kertas