in , ,

Klfashiongeek.Com Lancar Koleksi Baju Raya Pereka Fesyen Muda

Pada 6 Julai lalu, Budiey telah dijemput oleh Klfashiongeek.com untuk menghadiri sebuah pertunjukan fesyen dan Majlis Pelancaran Fesyen Terbaru 8 Orang Pereka Muda Malaysia.

Semuanya berbakat besar dan akan menjadi popular suatu hari nanti. Budiey tengok rekaan mereka bukan main hebat lagi sehebat rekaan pereka fesyen yang sedia ada. Beberapa orang selebriti terkenal juga dijemput untuk memperagakan fesyen antaranya Aida Aris, Ifa Radziah, Wan Sharmila, adik Puteri Balqish, Fezrul Khan dan Azmir Arif.

aida aris, salwa razak, fezrul khan, ifa radziah, nadhira, azmir arif,wan sharmila

Jika anda pernah melayari KLfashiongeek.Com pastinya anda akan tahu tentang acara santai dan happening ini.

Klfashiongeek.Com merupakan web online yang pertama menempatkan pereka muda Malaysia bertujuan untuk mempromosi dan menjual rekaan mereka telah melancarkan Koleksi lebaran di Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur.

Hub yang bertujuan untuk membantu pereka muda Malaysia yang baru berkecimpung di dalam dunia perniagaan mempromosi rekaan dan khidmat mereka terus kepada penguna dan juga penggemar fesyen di luar sana. 

Klfashiongeek.com telah pun dilancarkan pada Disember 2012 lalu dan telah mendapat tempat pemgemar fesyen tanah air dan juga luar seperti dari Singapura, Brunei, Qatar dan juga Oman. Mempunyai 39 pereka muda di dalam web ini Klfashiongeek.com bakal memperkenalkan rekaan pereka muda dari negara jiran atau Asia tidak lama lagi.

Pelancaran koleksi lebaran kali ini telah dilancarkan sendiri oleh pengasas dan pengarah Klfashiongeek.com Baizura Tazri dan juga beliau merupakan President untuk persatuan pereka muda Malaysia atau lebih kenali dengan nama Young Designers Arena atau YODA bersama 8 orang pereka yang memperagakan koleksi lebaran mereka terdiri dari Kashfi Zulkufli, Salleh Hamid, Din Anuar, Erwan Asbor, 27 Legacy Tie Dye, Arora Rora, Ts Closet dan Rico Rinaldi.

Terdapat barisan artis yang turut turun padang untuk menyokong dan memeriahkan cara pada kali ini terdiri dari Aida Aris, Ifa Radziah, Wan Sharmila, adik Puteri Balqish, Fezrul Khan, Azmir Arif dan juga Duta Klfashiongeek.com Nadhira.

Di waktu pelancaran ini juga klfashiongeek.com telah melancarkan koleksi eksklusif mereka khusus untuk duta Klfashiongeek Nadhira dan koleksi ini diberi nama “Nadhira”.

Penonton dan tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian dari Azmer Arif dengan dua lagu “Sesuatu janji” dan “Namunku Punya hati”.

Anda boleh layari: www.klfashiongeek.com

model1
model2
model3
model4
Azmir Arif
puteri balqish
model5
kashfi zulkufli, model
salleh hamid,model

REKAAN PEREKA FESYEN MUDA DI HUJUNG JARI MELALUI KLFASHIONGEEK.COM

YOUNG DESIGNER ARENA (YODA) merupakan persatuan fesyen yang bertanggungjawab memperkenalkan pereka muda di Malaysia. YODA yang telah bertapak di Malaysia sejak 2009 dan telah menghasilkan sejumkah besar dan memperkenalkan ramai pereka muda di Malaysia yang baru bertapak seperti Rico Rinaldi, Merlee Sharif, Khalik Mustafa, Saleh Hamid dan ramai lagi.

YODA juga telah memperluaskan namanya dengan kaloborasi YODA dan pereka fesyen tempatan di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina. YODA juga telah membawa pereka muda Malaysia untuk memperagakan rekaan mereka di Malaysia dan juga di negara Asia lain seperti di acara Jakarta dan Bangkok.

YODA kini meluaskan empayarnya dengan produk terkini iaitu www.klfashiongeek.com.. KL FASHION GEEK ialah butik online pertama yang menampilkan kehebatan rekaan pereka-pereka fesyen di Malaysia. Web ini di perkenalkan pada November 2012 bertujuan untuk mendekatkan pereka-pereka berbakat di Malaysia dengan orang ramai.

KLFASHIONGEEK memperkenalkan 39 pereka dan telah dilancarkan pada Disember 2012 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan penggemar fesyen tanah air.

Di KL FASHION GEEK orang ramai boleh melihat keunikan hasil rekaan para pereka fesyen Malaysia dan juga membeli rekaan pereka fesyen ini dengan harga yang berpatutan yang bermula dari RM 10 ke atas. Yang menarikkannya di web ini, pelbagai rekaan yang di hasilkan dari koleksi pakaian kasual, pakaian ke majlis rasmi dan majlis formal, baju kurung, kebaya, dan juga tidak lupa pakaian lelaki adalah terhad dan tidak boleh di perolehi di mana-mana kedai lain.

KLFASHIONGEEK memberi penelitian tentang penghasilan rekaan yang di jual di sini kerana mereka hanya menjual pakaian hasil dan produk Malaysia dan tidak sesama sekali menerima dan akan menjual pakaian dan rekaan yang bukan dari produk tempatan.

Dengan adanya KLFASHIONGEEK ini, YODA berharap pendedahan yang diberikan mampu mendekatkan pengemar fesyen di luar sana dengan rekaan pakaian pereka fesyen Malaysia dan juga mmperkenalkan kepada orang ramai tentang bakat-bakat pereka tempatan sekaligus serta mengangkat martabat pereka fesyen ini dalam persada fesyen tanahair.

Kelainan yang ditampilkan oleh KLFASHIONGEEK ini, rekaan pereka ini boleh di dapati dengan size yang berbeza, dan juga ianya boleh ditempah mengikut size badan pembeli sendiri dengan tempoh 2 minggu tempahan dengan harga yang amat berpatutan.

“Semenjak penubuhan web ini pada November 2012, sambutan yang amat menggalakkan oleh pengemar fesyen tempatan dan saya amat teruja kerana ada juga permintaan ke Brunei, Singapura dan juga Dubai walaupun umur web ini masih lain setahun jagung”, kata Baizura Tazri selaku pengasas KLFASHIONGEEK ini.

Di sini kami menjemput pengemar fesyen untuk menyokong dan membeli pakaian rekaan pereka fesyen Malaysia, produk Malaysia dan juga menjemput pereka fesyen tempatan untuk bersama-sama bekolaborasi di dalam web ini.

Untuk yang berminat, anda bolehlah lawati web kami di www.klfashiongeek.com, facebook, twitter, instagram: klfashiongeek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ana Dahlia Bawa Watak Wanita Cacat Dalam Drama Cinta Yang Satu

DJ Lin Suria Cinta Kini Trauma Kemalangan Jalan Raya