in ,

Zul Ariffin & Gayatri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat

Pelakon Zul Ariffin dan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai, 38, dikhabarkan sudah buat perancangan untuk kahwin dalam masa terdekat. Menurut Zul, dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara tersebut secara mendalam kerana ia masih lagi dalam perancangan.

“Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman solo masing-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. Kami berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, tetapi bukan sekarang. Saya beri laluan kepada artis-artis lain untuk kahwin dahulu.”

Aktor itu mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal. Dalam pada itu, dia juga berharap agar tiada pihak cuba membangkitkan isu jarak umur antara mereka kerana keputusan untuk menjalin hubungan dengan Gayatri tiada kena mengena dengan status atau usia wanita itu yang lebih tua daripadanya.

Sementara itu, lakonan Zul menerusi filem Penanggal arahan Elly Suriati bakal ditayangkan pada 28 November ini.

Zul Ariffin & Gayatri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rebecca Nur Al-Islam Minta Erma Fatima Hentikan Menabur Fitnah

Sekitar Konsert RHB Bank di Taman Tasik Titiwangsa