Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











ZOOM IN @ RTM BERSAMA HAFIZ HAMIDUN, FAR EAST & NICE



ZOOM IN @ RTM BERSAMA HAFIZ HAMIDUN, FAR EAST & NICE, 07 SEPTEMBER 2008 DI RTM1

Seiring bulan Ramadan yang sedang dijalani seluruh umat Islam, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun yang sebelumnya mengambil kesempatan menghidangkan hiburan dalam genre nasyid yang pastinya mampu mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini.

Istimewa hujung minggu ini penonton setia RTM diajak berhibur menerusi Zoom In @ RTM Bersama Hafiz Hamidun, Far East & Nice pada 07 September 2008 (Ahad), jam 9.00 malam di RTM1.

Kombinasi tiga artis yang sememangnya dikenali di kalangan penggemar industri nasyid ini dilihat mampu menghiburkan penonton yang ternanti-nantikan hiburan yang bukan sahaja mampu memenuhi halwa telinga sebaliknya menyumbang mesej berguna dengan lirik dan cara penyampaian mereka.

Pastinya nama Hafiz Hamidun tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dia sememangnya dikenali di kalangan remaja terutamanya sebelum ini dengan penglibatannya mengendalikan program berbentuk agama termasuk Tilawah Interaktif dan perantara undangan menerusi Forum Perdana Ehwal Islam di RTM.

Pastinya peluang ini sama sekali tidak dilepaskan bekas anggota Kumpulan UNIC ini mendendangkan antara lagu popularnya, Melihat Bintang, Kau Yang Satu dan  Bilakah Damai yang tentunya mengubat kerinduan peminat-peminat setianya.

Menyusul Kumpulan Far East menampilkan empat anggota iaitu Ahmad Fadzli Bakar, Syairiman Badzli, Nabil Ahmad dan Azwan Ibrahim yang sudah tujuh tahun berkecimpung sebagai insan seni dengan mengeluarkan empat album Far East (2001), Far East (2003), Halawatul Iman (2006) terbaharu, Far East-Eksplorasi, sebuah album kompilasi.

Istimewanya Kumpulan Far East kerana lagu-lagu yang diperkenalkan mereka lebih berkonsepkan taranum Al-Quran hingga berjaya menaikkan nama Far East dalam industri nasyid tanah air dengan keunikan yang ditonjolkan.

Antara lagu-lagu yang dialunkan Far East seperti Ahla Bina dan Harga Sekuntum Cinta yang cukup popular di kalangan peminat mereka.

Manakala Kumpulan Nice pula yang mewakili generasi baru penyanyi nasyid dengan penampilan mereka yang lebih kontemporari menghiburkan penonton dengan seleksi lagu daripada album mereka iaitu Istimewa Tiada Dua, Syukurlah dan Bicara Hati.

Dianggotai Wan Mohd. Taqiuddin Wan Hussin, Afiq Bin Hamdan, Muhammad Safwan Bin Jahri dan Izwan Bin Mohd. Musai yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi, pastinya mereka dijadikan idola dalam menempa kejayaan dalam bidang nyanyian dan pelajaran dalam satu masa.
 
Antara lagu-lagu nasyid lain yang turut di nyanyikan mereka adalah Jawapan Rindu, Andaiku Tahu, Kekayaan Hati, Salam Mun Salam dan Meniti Titian Usang.

Kepada penonton, jangan lupa temu janji anda berhibur menerusi irama nasyid, Zoom In @ RTM Bersama Hafiz Hamidun, Far East & Nice pada 07 September 2008 (Ahad), jam 9.00 malam di RTM1 yang diterbitkan oleh Mohd Yusni Mohamed Ali.

Nice

Far East

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal
  • Meet Uncle Hussain, Hafiz Hamidun, Waheeda @ Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu… Gaza
  • Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun
  • Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
  • Gambar Hafiz Hamidun @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Zoom In Bersama Siti Nurhaliza 2 Mac Ini
  • Hafiz Hamidun Sertai Pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan
  • Quotes Of The Day: It’s Official Now, I’m Single
  • Klip Video Artis Nasyid di Muzik Aktif



  • 5 Komen untuk entri “ZOOM IN @ RTM BERSAMA HAFIZ HAMIDUN, FAR EAST & NICE”

    1. way of life kata:

      Salam,
      tak sabar menunggu lagu harga sekuntum cintadan jawapan rindu

    2. nor aqilah razak kata:

      assalamualaikum… apa khabar orang2 malaysia?harap2nya chat. i juz wanna 2 say, majulah nasyid untuk negara..bangkitkan semula industri nasyid di tanah air kita. suburkanlah syiar islam di dalam diri dan terapkan unsur-unsur rohani dan keislaman selamanya.

    3. khalidah kata:

      Assalammualaikum
      Saya peminat setia nasyid
      So,nak ucapkan semoga nasyid sentiasa terus maju di persada seni tanah air kita

    4. Ismail Bakar kata:

      Assalamualaikum,

      Saya peminat rancangan ‘Tilawah Interaktif’
      tetapi banyak epesod rancangan tak dapat saya ikuti
      kerana sibuk. Dapat kira saya membeli CD dalam
      rancangan tersebut.

      Tetima kasih

    5. zarina kamal kata:

      Sokong nasyid!!!!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK