in

Zon Ceria Suria FM Terbang Ke Kelantan

Zon Ceria Suria FM kini kembali untuk memberi peluang kepada pendengar Suria FM untuk lebih dekat dan makan-makan bersama penyampai Suria FM di lokasi kedai makan terpilih.

Zon Ceria bermula tahun 2013 dimana Suria FM telah di destinasi makanan terbaik untuk belanja dan menghargai para pendengar.

Pada 19 April 2014 ini, Zon Ceria Suria FM akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim. Penyampai Suria FM, Halim Othman, Adibah Noor, DJ Lin serta Suria Ford Wheels akan turun memeriahkan Zon Ceria Suria FM di Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan, Jalan Hilir, Kota Bharu Kelantan pada jam 12 tengahari.

Zon Ceria banner

ZON CERIA SURIA FM KEMBALI!

“Kami sangat teruja untuk ke Kota Bharu Kelantan memandangkan dah lama tak ke sana. Kami menjemput semua pendengar datang ke Restoran Nasi Ulam Cikgu untuk menikmati makanan tempatan yang terkenal di sini iaitu Nasi Ulam. Halim Othman, Adibah Noor dan DJ Lin juga ada untuk menghidangkan makanan kepada anda dan memeriahkan suasana.”

– Pengurus Program Suria FM

“Saya dapat tahu Restoran Nasi Ulam Cikgu ni cukup terkenal di dalam kalangan penduduk di Kelantan sampai pelancong asing pun ramai datang makan disini. Jadi, Saya, Halim Othman dan Adibah Noor tak sabar untuk kesana untuk bertemu dengan pendengar-pendengar di Kota Bharu.”

– DJ Lin

Ini merupakan tahun kedua Zon Ceria dianjurkan oleh Suria FM. Untuk tahun 2013, Kami telah ke Lembah Klang, Terengganu dan Kedah serta hampir 4000 orang telah berkumpul di untuk sama-sama menikmati makanan tempatan dan beramah-mesra dengan penyampai Suria FM.

Untuk lebih maklumat lanjut dan mengetahui destinasi seterusnya, layari laman web Suria FM, www.suriafm.com.my. Suria FM, Menceriakan Duniamu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shae Lancar Laman Sesawang Rasmi Shaeofficial.com

DJ Lin Terharu Jadi Hos Jemputan Program Feminin