in ,

Zoey Rahman Kini Ceburi Bidang Perniagaan

Alhamdulillah setelah hampir 9 tahun menjadi anak seni, Zoey Rahman melebarkan sayap ke dunia perniagaan. Terdorong dengan semangat dan motivasi yang diberikan oleh Penaung Ustrah Fitrah – En Din, Zoey menanam semangat untuk berjaya dalam dunia perniagaan.

Namun bukanlah sekadar sebagai bidang terjun, Zoey bangkit dengan matlamat untuk berusaha gigih agar suatu hari nanti kejayaan yang bakal dimiliki dengan izin Allah, dapat membantu menyumbang ke arah pembangunan Islamiah. Itulah semangat dan motivasi yang sering diberikan oleh para Ustaz yang secara sukarela mendidik dan mencurah ilmu kepada anak seni di dalam Usrah Fitrah. Zoey memilih untuk menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja boleh menjana pendapatan malah beliau ingin menghasilkan sesuatu perniagaan yang dapat dikongsi bersama pengikut dan peminat beliau.

Sebelum ini ramai yang bertanyakan bagaimana zoey menjaga penampilan dan sentiasa kelihatan muda walaupun usia sudah hampir menjengah 30 tahun. Melalui Malabiis Networks, Zoey melahirkan produk penjagaan kulit Mika Series yang sesuai untuk semua golongan peringkat umur, lelaki dan wanita.

Zoey Rahman

Set Mika Whitening (Cleansing Gel, Repairing Essence, Miracle Spray) merupakan set penjagaan lengkap kulit siang dan malam. Diadun menggunakan bahan bahan terbaik semulajadi seperti Argan Oil, Alor Vera, Apple Stem Cell dan banyak lagi MikaWhitening merupakan set pencerahan dan penjagaan kulit tanpa kesakitan dan pengelupasan.

Untuk penjagaan dari dalam Mika Series turut menghasilkan supplement yang mudah diambil dan dihadam dalam bentuk sachet yang hanya perlu dikoyak dan terus minum. Mika Bright dihasilkan dari bahan makanan sunnah seperti Kurma, Madu, Habbatus Sauda, Delima selain Acai Beri, Anggur Hitam, Teh Hijau, Guarana dan banyak lagi.

Zoey Rahman

Mika Bright dapat membantu dalam masalah kulit, memberi tenaga (suami isteri), membantu melawan sel kanser, membantu mengimbangi kolestrol dan gula dalam darah selain mencerahkan kulit secara semulajadi dan anti aksida serta anti penuaan. Banyak lagi kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam Mika Bright dan ianya sesuai untuk semua golongan peringkat umur, Lelaki dan Wanita.

Zoey berharap agar apa yang diusahakan mendapat sokongan dari peminat, penyokong serta seluruh masyarakat. Untuk keterangan lanjut boleh follow Instagram @mikaseries / @zoeyrahman atau layari www.mikaseries.com

Zoey Rahman yang juga ahli kumpulan KAMI TUAN RUMAH bersama Achok mmmmm dan Amirul bersyukur kerana kumpulan beliau berjaya memasuki pusingan separuh akhir Liga Lawak Superstars musim ke – 2 setiap ahad jam 9 mlm di TV3. Kepada semua penyokong teruskan menyokong dan mengundi KAMI TUAN RUMAH

( LLS5 KAMI hantar ke 33399 ) di separuh Akhir nanti yang akan berlangsung pada 26 Oktober 2014 jam 9 malam hanya di TV3. Instagram @kamituanrumah

Zoey Rahman
Zoey Rahman
Zoey Rahman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket RM120 Konsert Mariah Carey Tour In Malaysia Habis Dijual

Sinopsis Drama Bersiri Setitis Kasih Darmia