Zizie Ezette & Datuk Bung Mokhtar Radin Dah Kahwin?
Kalau betullah Zizie dah kahwin, Budiey nak ucapkan Selamat Pengantin Baru…
PETALING JAYA: Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya. Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat sepanjang hari ini. Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini.

Datuk Bung Mokhtar Radin
Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang tadi mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.
Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.
“Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya,” kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie.
Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang semalam dan hari ini beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan.
“Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini,” kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen.
Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta.
Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul. Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama,” kata Khaty.
Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:
“Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah,” katanya. [sumber]
Tags: Berita, Zizie Ezette
Tags: Berita, Zizie EzetteClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 16th, 2009 at 10:20 pm
AKU NO1,, AHHAHAHA,, EH, BOLE TAHAN JUGAK C BUNG NI KAN, BUKAN SETAKAT LANCANG DI PARLIMEN, KUAT MAIN AYAT JUGAK,, SAMPAI2 C ZZ NI TERPIKAT, BUKAN SENANG TAW…
December 17th, 2009 at 1:03 am
Kalo bermadu pun apa salahnyer..
dah bagus tu si Zizie sanggup bermadu tak tamak pentingkan diri sendiri dari artis yg lain seperti dua ekor betina tu…
nafi2 tak bercinta dgn laki orang kata tak nak suami orang tapi sanggup RUNTUH KAN UMAHTANGGA ORANG DGN ALASAN TAK RELA BERMADU!
puuuiiiiitttttt……!
December 17th, 2009 at 2:03 am
IKUTI SUNNAH NABI KITA.KAHWIN LEBIH BAIK DARI …..DAN DISURUH KAHWIN LEBIH DARI SATU JIKA KAMU MAMPU ZAHIR DAN BATIN.NABI MAHU UMATNYA RAMAI.JANGAN KITA MENYUSAHKAN YANG BAIK…..SALAM PERKAHWINAN UNTUK YB.DARI TOK WAN,,
December 17th, 2009 at 8:08 am
mcm pasangan bapa ngna ank je…
ngan kathy azean br gam…huhuhu
December 17th, 2009 at 9:07 am
Hai ZIZIE…jgn la kawin dgn BUNG MUKTAR atu sal tak se padan dgn ko la..dia kn buleh anggapa ko mcm anak atau adik. knapa ko tak memilih ah…kn zizie punya rupa dan paras yg cantik, cari la urg biasa pn asal kn hati mulia dan baik dan faham akan kerjaya u sebagai artis glamour..
jgn marah
bye
December 17th, 2009 at 11:13 am
zizie2.. kau caNtik,gLamOur agy!! aPasal yG kau pilih oWg tUe cam2? emmmmmmmm.. cIan kat kau!!
tpi.. papE pOmm.. araP kOwg bHaGiee
December 17th, 2009 at 1:16 pm
Biarlah diorang…mcm bapa ngan anak ke, bapa ngan adik ke…itu kan urusan Tuhan. Takkan tak pecaya pada jodoh yg Tuhan tentukan? Kita ni doakan jelah yg baik2 untuk mereka. Kalaula 1 hari nanti, akak korang ke, adik korang ke, takpun anak korang ke alami situasi yg sama, pastu org lain sibok dok komen2…apa korang rasa plak masa tu? lu pikirla sendiri…
December 17th, 2009 at 1:35 pm
buat ape nk kawen org miskin klw blh kawen org kaye?…
pilihn yg sngt bermutu tnggi…
December 17th, 2009 at 2:25 pm
emmmmmmmmmm.. tol2!!!
December 17th, 2009 at 6:10 pm
Buat Dato Bung & Zizie bersabarlah dengan dugaan yg melanda pada anda berdua. apapun saya doakan semoga setiap apapun keputusan yg di buat jgn sesekali melukakan hti insan2 yg mynyangi dri kita
December 17th, 2009 at 11:22 pm
gebunyer zizie… erkk… dan sngt cntik
December 18th, 2009 at 12:07 am
WOW zizi ko bole cair dg c bong 2 ok la 2 jd org sabah kan……
December 18th, 2009 at 10:36 am
tahniah datuk..!!! zizie jangan lak takut mandi d sungai kinabatangan k…
December 18th, 2009 at 1:07 pm
kawen jer bis cite….kalo da jdh nk wat cmane
December 18th, 2009 at 3:52 pm
sesuatu yg tak disangka,seringkali mendatangi kita,ajal,maut,jodoh dan pertemuan telah dituliskan oleh sang pencipta,,,harus redha dan bertawaduk dgn apa yg diberikan.suratan hidupku bertemu dgn insan yg beza umur 27thn.alhamdullilah sudah 8thn kami mengharungi asam garam kehidupan bersama walaupun tanpa zuriat…aku redha.buat zizie bina mahligai dgn satu niat iaitu bahagia dunia dan akhirat,insyaalah dapat menghindarkan rasa kerisauan dihati….AMIN.
December 18th, 2009 at 7:47 pm
Ada aku kesah??!!!!
December 19th, 2009 at 2:35 pm
JGN KHUATHIR ZIZIE…
KALO U BERTEMU JODOH DGN DATUK BUNG
RAKYAT SABAH AKAN MENYAMBUT MU DGN NYANYIAN
RAKYAT SABAH BERGANDINGAN TANGAN…. ~
MENYAMBUT KEHADIRANMU…. ~
KE NEGERI DI BAWAH BAAAAAYYYYUUUUUUUUUU …… ~~~~~~~
December 19th, 2009 at 3:34 pm
motip kawen? duit??? x kisah la..
patut mak dia kathy fauziah tu yg kawen ngan dia…
December 21st, 2009 at 12:10 pm
dah jodoh zizie..terima jela…isteri pertama xmengamuk ke datuk..isteri datuk pun boleh tahan..sama2 pg umrah pertengahan tahun yang lalu..semoga tabah datin..pasti ada hikmah disebnalik semua kejadian ni..
December 21st, 2009 at 2:21 pm
salam, tahniah zizzie dan bung. just kecewa kenapa nak tipu2 tak kawin..bung sebagai ahli parlimen maknaya selama ni bung seorang wakil rakyat yang tak ada integriti,.,..kawain tak pe,,kenapa nak taiou. zizzie mungkin dah jodoh..tapi mungkiun kejar duit,,kalau bung pemotong balk sure,,zizie tak nak. zizie asekarang setaraf crt nurhaLIZA..RAMPAI SUAMI WANITA LAIN..JUST ZIZIIE BAIK SIKIT…tapi dah biasa artyis kawin org kaya,,dalam umur 50an,.,dah asuami nanti umur 60 an ..diminta cerai sebab dah tak function….zizzi tak kisah bermadu sebab dululu ibu dia pun bermadu denga pegawai polis…tapi zizizie kenan fikirkan bahwa lawa tak kekal…..u telah lukakan hati wanita alin…masa malam pertama..u dgn bung..u buat bini bung luka..bungh pun dah tak layak jadi wakil rakyat kerana sanggup meniopu rakyat..kawin ngaku jelah….tahniah lah zizie…
December 21st, 2009 at 3:24 pm
semoga berbahagia dato….
jgn terasa kalo di sindir pihak pembangkang di parlimen ekk…
dorg tu jeles….hahahahaha
December 21st, 2009 at 7:49 pm
kawinla dgn byng mokhtar,,,
byk juga tanahnya di sabah..
dari hulu sungai sampai hilir sungai kinabatangan…
tp sabarla sebab byak buaya…
wawawawa!!!
December 22nd, 2009 at 1:40 pm
sarawaklah….
December 27th, 2009 at 12:01 am
Akum ,
Saya ingin pesan kepada Datok Bung lepas nie berterusterang lah dengan masyarakat jelata,Datok kan tau berbohong adalah hukumnya dosa besar kenapa mesti disorokkan perkara yang baik…Ini kerana timbulnya isu2 tentang perkhawinan Datok menyebabkan kepercayaan rakyat malaysia khususnya dikawasan kinabatangan menjadi kurang yakin dengan kelantangan datok bercakap…Harap2 Datok boleh mengambil berat perkara ini. Sekian Wassalam.
December 30th, 2009 at 11:00 pm
tak suka akak dengan datuk tu. suka cakap besar kat parlimen. hai.. mcamanalah zizie bleh bkenan. harap zizie sabar kalau duduk serumah ngan datuk yg suka cakap besar 2. Tpi akak lebih kesian kat isteri ptama datuk…
December 31st, 2009 at 10:19 pm
Akum,Tahniah atas perkhawinan semoga bersabar menghadapi segala dugaan.Jodoh adalah ketentuan dari Allah…kepada semua yang menghantar komen,komen dengan baik2 jagn yang tak baik…kan itu takdirrr….nak melawan ketentuan tuhan kah?????
January 8th, 2010 at 8:48 pm
Tahniah!unt zizie…sape2 pon nk idup senang!!
January 9th, 2010 at 7:06 pm
Tahnia buat Datuk & ZZ smga kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anda berdua… yang penting hidup bahagia dunia akhirat… itu yang penting.. tak perlu perlu peduli apa orang kata…
January 9th, 2010 at 7:07 pm
Tahnia buat Datuk & ZZ smga kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anda berdua… yang penting hidup bahagia dunia akhirat… itu yang penting.. tak perlu peduli apa orang kata… jalanilah hidup seperti biasa..
January 17th, 2010 at 7:29 pm
hye………
utk zz………..thniah coz da mendiri kan masjid,,,,
klo da jodoh tk kemana…
harap zz tabah mengharungi segala dugaan dan rintangan ytelah dan bakal diharungi nty…
kpd bung pulak..
thniah coz dpt pikat zz…
susah tw nk pikat gurlz yg cntek gebu cm zz ni tw x…
smoge bhgie n mendpt baby secpt yg mungkin…
byebyebyeybe
February 14th, 2010 at 2:47 pm
x sangka pulak kak zizie ni kawen dgn dato bung mokhtar..kalau dlm sidang parlimen ni,saya kagum dgn percakapan dato bung mokhtar ttg tajuk yg di bahas kan..tp syg nya,dato’ bung & zizie ezette x pdn..
hrp2 populariti masing2 x jatuh..hrp2 berkekalan sehingga ke anak cucu..
April 8th, 2010 at 5:17 pm
tahniah buat datuk dan zizie..bagi saya semua tu adalah takdir dan ketentuan tuhan. jgn la doakan yg tak elok nti kena pada diri sendiri pula. Soal glamour pula, tak payah la nak komen sangat, bukannya korang yang nak kawen pun. Lagi ok daripada jadi andartu atau bujang terlajak tak kawen2 hanya untuk mengejar glamour.
June 12th, 2010 at 12:30 pm
ok lah tu..hope heppy forever
August 12th, 2010 at 11:30 am
datuk x layak jadi pemimpin, gebang dahsyat kat parlimen tapi takut bini! nak kahwin lagi 1 pun takot bini, memang jodoh x ke mana, tapi undang2 negara yg perlu di turuti kalo ANDA betol2 seorang pemimpin mewakili rakyat! Jangan kerna duit dan harta….DATUK SIAL!