in

Zizan Razak di Pelancaran Burgerbyte Shah Alam Hari Ini

Burgerbyte optimis mencatatkan pertumbuhan peningkatan jualan tahun ini bersandarkan pembukaan tiga cawangan di Malaysia menjelang tahun 2015.

Dengan pembukaan di lokasi yang strategik dan juga di pengembangan restoran di luar negara membolehkan syarikat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan orang ramai dalam jangka masa setahun dengan pembukaan cawangan baru.

Datuk Najib berkata, pengembangan itu juga membolehkan syarikatnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai dan dalam jangka masa setahun saja, dengan pembukaan cawangan baru, pihaknya menjangka dapat menyediakan lebih 100 peluang pekerjaan.

Dibuka pada bulan Mac 2013, Burgerbyte adalah jenama restoran tempatan yang cukup membanggakan kerana dalam tempoh kurang dua tahun telah berjaya membuka 13 cawangan di mana operasi pertamanya di Sentul sebelum memperluaskan empayar di antaranya Senawang, Damansara Perdana, Sri Iskandar, Perak, Bandar Baru Bangi, Semenyih.

Datuk Najib Zakaria, selaku Pengasas Burgerbyte, berkata, jenama Burgerbyte begitu pantas mencuri hati pencinta makanan bukan sahaja kerana kelazatan dan kualiti menunya bahkan menyediakan lebih 100 menu merangkumi masakan bercitarasa Barat dan selera tempatan tanpa mengenepikan hidangan kanak-kanak.

“Kami tidak mahu tergesa-gesa membuka cawangan baru kerana perniagaan licensing jenama makanan memerlukan aturan strategi perniagaan yang baik bagi memastikan tiada kerugian,” katanya.
Impian membawa jenama Burgerbyte ini, sebesar restoran francais antarabangsa popular yang lain. Cuma namun apa yang istimewa mengenai Burgerbyte adalah produk tempatan yang menyediakan makanan setanding produk antarabangsa dengan harga yang berpatutan. Namun mengenangkan pasaran Burgerbyte hanya tertumpu di Lembah Klang dan baru menular di beberapa bandar besar ia memerlukan perancangan serta aturan strategi perniagaan yang baik. Terutamanya kedudukan lokasi yang strategik kedudukan strategik memandangkan lokasi memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan.

“Kami memilih untuk menjalankan operasi Burgerbyte di Seksyen 7 Shah Alam kerana bukan sahaja berdekatan dengan kawasan penempatan, universiti (Uitm) dan jalinan pengangkutan yang baik.

“Menariknya cawangan Burgerbyte di sini kami menampilkan strategi promosi yang memberikan 10 peratus diskaun kepada semua siswa dan siswi di universiti-universiti berdekatan di Shah Alam dengan hanya mempamerkan kad pelajar sebagai bukti setiap kali berkunjung di cawangan ini. Tawaran hebat ini bermula saat pelancarannya dilakukan iaitu 18 Oktober 2014 sehingga April 2015,” ujarnya lagi.

Majlis pelancaran cawangan Burgerbyte di Seksyen 7, Shah Alam, turut diserikan dengan kehadiran pelakon komedi dan pengacaran AF2014, Zizan yang juga duta serta rakan kongsi Burgerbyte cawangan Damansara Perdana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nights Of Fright 2 Festival Of Fear Is Back At Sunway Lagoon

Rancangan Khas Deepavali 2014 di RTM