in

Zizan Nin Terjerumus Ke Jalan Songsang

ZIZAN NIN TERJERUMUS KE JALAN SONGSANG

‘Jalan Songsang’ adalah tajuk sebuah telefilem terbitan JS Pictures Sdn Bhd, arahan Hj Azman Yahya @ Jinggo untuk tayangan di TV3 untuk slot Cerekarama akan datang.

Kali pertama Zizan Nin mendengar tajuk ini apabila ditawarkan berlakon oleh Penerbit Hjh Puan Shiela Rusly, terdetik di benak fikirannya apakah perlu beliau melakonkan watak-watak di lorong-lorong hitam. Pada hemat beliau, naskhah ini mesti berkaitan dengan gejala sosial yang menuntut beliau melakonkan watak antagonis.

Namun setelah selesai membaca keseluruhan skripnya, Zizan Nin terus menyatakan hasratnya untuk beraksi di dalam drama ini. Mesejnya yang kuat serta berunsur keagamaan dan malah wataknya juga lain dari yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Zizan Nin

Secara ringkasnya, ia mengisahkan seorang ustaz muda (Zizan Nin) dan penceramah bebas yang cuba mendekati golongan remaja dan belia yang bermasalah serta jauh tergelincir dari norma-norma kehidupan harian mereka.

Hakikatnya, bukan senang untuk berdakwah dan membimbing mereka ke jalan yang benar, untuk mendapat keredhaan Allah swt. Beliau di pandang serong oleh masyarakat, kerana sering di lihat mengunjungi lorong-lorong gelap dan pusat hiburan di tempat muda mudi berhibur.

Zizan Nin amat teruja apabila di beri kepercayaan oleh JS Picture untuk berlakon dalam drama ini. Beliau yakin walaupun hanya melakonkan watak tersebut, namun lakonannya turut menyampaikan mesej keseluruhan cerita ini yang begitu murni.

Apakah aktiviti songsang yang di paparkan dalam drama ini? Dan sejauh mana Zizan Nin terjebak ke dalam kancah kesongsangan duniawi ini…tunggu tayangannya nanti di slot Cerekarama di TV3. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wan Sharmila, Shiela Mambo, Hairi dan dua pelakon baru, Johan Assari dan Widya.

Selain Jalan Songsang, Zizan Nin juga turut menantikan kemunculan drama TV bersiri lakonannya dalam ‘Musolla Al – Amin’ terbitan Global Station Sdn Bhd untuk TV Alhijrah serta telemovie ‘Cinta Thosai’ untuk RTM. Zizan Nin kini sibuk dilokasi penggambaran drama TV bersiri terbaru ‘Puisi Cinta Rubiah’ terbitan Bright Network Sdn Bhd yang turut melibatkan dua lagi artis baru Aquila Emas Sdn Bhd iaitu Ixora Chern dan Tia Ibrahim.

Antara perkembangan terbaru Zizan Nin ialah dilantik sebagai Duta Estee Lauder Companies ‘Beautiful Earth Campaign’ 2011 di mana Zizan Nin bersama kakitangan ELC berganding bahu menanam anak benih pokok bakau di pantai Sepang pada beberapa bulan yang lalu bagi mengekalkan ekosistem di pantai tersebut.

Zizan Nin juga turut berganding bahu dengan ELC dalam ‘Breast Awareness Campaign’ 2011 yang telah diadakan di Pavilion KL pada 16 Oktober yang lalu yang turut melibatkan artis Aquila Emas seperti Diana Johor dan Juliana Ibrahim. Zizan Nin juga turut dilantik sebagai ‘Friends of JASPAL’ 2011/12 iaitu satu jenama pakaian yang telah bertapak di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MALAM GALA INSPITARI 2011

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011