Zizan Nin Kahwin Pembaca Berita NTV7 Fazilah Hani Harun
Zizan mengucup dahi isterinya selepas selamat diijabkabulkan.
KUALA LUMPUR: Setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan pelakon Zizan Nin, 37, sah bergelar suami kepada pembaca berita ntv7, Fazilah Hani Harun, 30, tepat jam 9.40 malam tadi di Masjid Negara, di sini.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan Datuk Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 651.
Dengan hanya sekali lafaz, Zizan yang kini memikul tanggungjawab sebagai suami menzahirkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang sejak beberapa bulan lalu berjalan dengan lancar.
“Perasaan saya ketika ini macam tidak percaya sudah jadi suami orang. Perancangan selepas ini kami sekeluarga akan mengerjakan umrah pada 31 Mac selama 10 hari. Selepas itu saya akan balik menyambung tugas penggambaran drama di Korea selama dua minggu dan selepas itu baru kami pergi berbulan madu,”katanya.
Sementara itu, Fazilah Hani mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi. Katanya, dia sangat gembira terharu dan menganggap sudah suratan dan jodohnya dengan pelakon itu.
“Bagi saya Zizan seorang lelaki yang baik, kelakar dan dia seorang yang pandai masak. Saya senang bersama dengannya.
“Kami harap hubungan ini sampai ke akhir hayat,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, Zizan memberitahu bahawa dia tidak merancang tetapi menyerahkan segalanya kepada Allah, namun dia berharap akan mendapat cahaya mata secepat yang mungkin bagi mewarnai kehidupan rumah tangganya.
Pada majlis itu, Hani menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM20,000 dan membalas kepada Zizan dengan sembilan dulang hantaran.
Antara barang hantaran yang diberi pihak Zizan kepada Hani terdiri dari Sirih junjung, kain telekung, beg tangan, Kasut, Mas kahwin bernilai RM 651, cek bernilai RM20,000, dan barangan mekap.

Zizan Nin & isteri bergambar bersama keluarga kedua-dua belah pihak
Manakala Zizan pula menerima Al-Quran, Manisan, tali pinggang, set penjagaan kuilit, minyak wangi, kasut, kemeja, minyak wangi dan sirih junjung.
Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam esok di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. [sumber]
Tags: Zizan Nin
Tags: Zizan NinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 20th, 2010 at 9:06 am
taniah…
March 20th, 2010 at 1:00 pm
memang sepadan pasangan pengantin tu, semoga perkahwinan ni kekal selama-lamanya
March 20th, 2010 at 8:36 pm
alhamdulillah….kalau ada arwah mak dia,,mesti lagi meriah..alfatihah utk mak zizan..anyways..congrates zizan..hope this mariied hapily ever after…
March 20th, 2010 at 11:20 pm
SEmoga Berbahagia………..
March 20th, 2010 at 11:27 pm
selamat pengantin baru buat zizan nin & isteri moga kekal hingga akhir hayat insyaAllah segalanya ditangan tuhan.
March 20th, 2010 at 11:49 pm
tahniah bt zizan d wfe!!!mg kekal h’ga ke akhir hayat….
March 21st, 2010 at 2:08 pm
tahniah zizan…bertuah zizan dapat isteri yg sgt cantik..sejuk mata memandang…
March 21st, 2010 at 2:56 pm
tahniah…semoga kekal ke anak cucu.
March 22nd, 2010 at 8:51 am
Aini bukan semoga kekal ke anak cucu tetapi hingga ke Syurga (akhir hayat)
March 22nd, 2010 at 9:07 am
alhamdulillah…
semoga berkekalan ke anak cucu.. amin…
March 22nd, 2010 at 12:43 pm
tahniah,semoga kekal keakhir hayat..biar cantik dihati
March 27th, 2010 at 3:06 pm
Tahniah…semoga kekal ke hujung nyawa.
Bagus la Zizan ni…takdela kecoh2, kontroversi bila nak kawen…relax jek!
April 18th, 2010 at 1:56 pm
huk huk… minat giler kat zizan nin.. takpelah, semoga berbahagia ke akhir hayat!!
April 20th, 2010 at 9:22 am
SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT,DAN DIMURAHKAN REZEKI..SERTA TABAH MGHARUNGI DI ALAM PKWINAN..
August 27th, 2010 at 9:02 pm
cun nyer bini die..cute .sesuailah diorang .pandai zizan pilih calon isteri.. ”CONGRATULATION ZIZAN”
September 19th, 2010 at 1:55 pm
taniah zizan nin semoga panjang umur ………..
September 19th, 2010 at 1:55 pm
taniah zizan nin semoga panjang umur ………..
semoga kekal ke anak cucu..