Zizan Nin, Emelda Rosmila, Fouziah Gous dalam Penunggu Gunung Raya
Pat-pat siku lipat,
Siapa cepat, dia dapat…
Dah tonton drama slot Seram – PENUNGGU GUNUNG RAYA?
Budiey dah tonton episod pertama yang disiarkan kat TV3 pada 15 Februari 2010 yang lalu. Satu je perkataan yang Budiey nak cakap kat sini… SERIAU HABIS!
Daripada maklum balas yang Budiey terima dari Facebook dan Fanpage Budiey.com, ramai yang berpendapat drama Penunggu Gunung Raya memang seram. Lebih seram daripada drama Jangan Tegur Lagi. Setuju?
Drama Penunggu Gunung Raya diterbitkan oleh Filmscape dan ada 13 episod kesemuanya. Diarahkan oleh pengarah yang cukup berbakat, Faizal Ishak dan diilhamkan oleh Alfie Palemo yang bertanggungjawab sebagai penulis skrip utama. Patutlah suspen.
Pada 11 Februari lalu, jam 3 petang, Budiey berkesempatan beramah mesra dengan para pelakon drama seram ini di Restoran Rama V – Fine Cuisine Thai di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Berada di restoran ni, seperti kita dah sampai kat Bangkok. Makanannya pun boleh tahan la.


Ini dia pengarah drama ni… Faizal Ishak
Hampir keseluruhan pengambaran babak drama ni dijalankan di kawasan Ulu Yam, Batang Kali dan dijayakan oleh pelakon hebat seperti Zizan Nin sebagai Azam, Emelda Rosmila sebagai Intan, Fouziah Gous sebagai Mas, Sahee sebagai Omar, Rosli Sako sebagai Tok Sumun, Rahhim Omar sebagai Lebai Awang, Ibu Aida, Atta Imran sebagai Dayak dan ramai lagi.

Yang ni lak bukan pelakon ya, dia pengacara kat event ni aje.
Drama menampilkan ramai sekali bakat baru. Yea… memperkenalkan… seorang bakat baru… ATTA IMRAN.
Pelakon remaja yang mahu pergi lebih jauh ini baru berusia 15 tahun, kini menetap di Pantai Hill Park, selain drama ini, Atta pernah berlakon dalam drama TV2, sekadar mencari duit poket, katanya.
Kalau korang nak tahu, Atta Imran ni la yang jadi hantu kanak-kanak yang asal silahnya, kanak-kanak ni jadi mangsa kekejaman 3 orang budak yang telah menghumbankannya ke dalam sebuah perigi berhantu. Budak ni bernama Dayak dan dia selalu membuli kanak-kanak yang lain.

Ikut kata Atta, dalam drama ni memang banyak jelmaan hantu. Macam-macam penampilan ada. Solekan dan kesan khas dalam drama ni pun boleh dikatakan sangat kreatif jugak.
Yang paling penting, sinematografi dan visual drama ini tak ubah seperti filem.
Moral story: Manusia yang jahil dan tamak untuk dalam mengejar harta yang bersifat sementara sanggup buat apa sahaja termasuklah menentang ajaran Tuhan. Akhirnya, membawa padah kepada diri sendiri.
Antara pelakon yang hadir…


Sahee: Walaupun masih sibuk belajar di kolej, namun bakat baru ini masih mampu buktikan namanya masih bertahan. Pernah berlakon dalam drama online, Luna Fantasiaku.
Sahee membawa watak Omar, seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan.
Malangnya Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba untuk menerokai kawasan di Kampung Gunung Raya.

(Zizan call sape tu? Call bakal isteri kot…)
Zizan Nin: Pelakon yang akan berkahwin pada bulan depan (Mac) ini memegang watak Azam, seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya.

(Emelda pun sibuk tengah calling-calling. Sah! Tengah borak dengan abang Adlin, kan?)
Emelda Rosmila: Masih belum ada rezeki untuk dapatkan anak. Isteri kepada Adlin Aman Ramli ini membawa watak seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah insiden dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia.

Fouziah Gous: Duta produk Alaisyah ini memegang watak Mas, seorang perempuan simpanan yang cantik dan seksi tapi dalam drama ni, Mas sentiasa nampak dengan bayangan hantu. Mas diburu rasa takut dan bersalah selepas membunuh kekasihnya, Datuk Kadir.
Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi wanita simpanan kepada ahli perniagaan berjaya.
Namun, hatinya berasa tertekan lalu mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri.
Apa yang pelik dan persamaan antara kesemua watak yang Budiey sebutkan kat atas ini ialah mereka telah bermimpi dengan objek yang sama iaitu, perigi berhantu, tiga orang kanak-kanak terperangkap dalam akar pokok…
Jadi, mimpi-mimpi ini yang akan menyatukan kembali 4 sahabat yang sudah lama berpisah hingga mereka pulang kembali ke Kampung Gunung Raya.
Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak Ketua Kampung iaitu Dayak (lakonan Atta Imran).
Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati. Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi.
Atas tunjuk ajar Lebai Awang (lakonan Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut. Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru.
Namun, Ketua Kampung yang bergelar Tok Sumun (lakonan Rosli Sako) berasa ragu-ragu akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Lalu, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus menganggu pembunuh anaknya.
Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa takut atas dosa yang dilakukan.
Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya ?
Untuk tahu lebih lanjut jalan cerita hingga tamat, korang kena ikuti drama ni pada setiap malam Jumaat jam 9.30 malam.
Tags: Drama, TV3Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 13th, 2010 at 2:00 am
atta imran.. oh, umor die baru 15.. ana 16.. hensemnye die.. ana citer kat kwn ana yg ana minat budak yg berlakon dayak tu (tak tahu lg nama sbenar dia).. diorg trus jdik over.. rpenye diorang pon minat Dayak (jeles tak terkate. mnyesal bg tau diorg).. spe name budak pompuan Mas mse kecik, untung die Dayak suke die.. by the way.. thanks sbb dpt jugak jdik org pertama (dlm kalangan kawan2) yg tahu siapa budak yg berlakon jdi Dayak ni… terima kasih.. boleh tanya, dari mana dpt gamba Atta imran??? npe cari kat google die punya biodata tak de? sobsob.. kim slm dia kalo jumpa..
AttAna
March 16th, 2010 at 3:43 pm
klu dlm cerita nie sya nk komen,,,dayak mmg hensem tapi dia jht sbb tu mas x nk hahahaha,,,jgn marah Atta Imran
March 19th, 2010 at 10:43 am
kaida mmg peminat dayak
kwn2 kaida sume minat kat dayak
tetapi,malangnya dayak jadi budak jht dlm cite 2
kaida kalo leh nak jumpa dayak iaitu atta imran
lagipun atta sama umur ngan kaida…^_^
kaida 15 thn
kalo budiey dpt jumpa atta
kirim salam kat atta..OK…^_^
haha…n tima kasih budiey krn g tau sume latar belakang cite ni..
haha….
kaida beharap dpt jumpa atta secara tul2….
March 21st, 2010 at 5:26 pm
atta is the best…saya rasa dye amek watak ape2 pon sesuai gak…
March 26th, 2010 at 6:42 pm
erm…cter ni mmg mnarik…lain dri yg lain..n para pelakonnya hebat2..x kire r watak baik atau jahat….tahniah diucpkn..suspen habis…
March 28th, 2010 at 12:24 pm
attar ue encem gak ek????
March 29th, 2010 at 1:54 pm
Attar imran EnCem lorh!!!!!encem cgt…klu bley syer nak minx c0uple ley ak??!! klu x bley x pew just bgi no phone jewk….!!!!
|YaNnA:)SyEr|
March 30th, 2010 at 12:27 pm
Assalamualaikom Atta saya mai.Saya nak bagitahu sikit jer selamat berjaya teruskan usaha nanti saya nak tonton tahu buat yang terbaik.
April 14th, 2010 at 3:53 pm
waw…best btl la cter ni.tiap2 mlm jumaat,i xpenah miz cter ni..i sebenar nyer minat sngt bab2 hantu ni.tp.i ni jenis penakut..tme tdo mula menggelabah.atta imran memng ancem beb..tp.i geram dengan watak dia ni..6 star utk kerabat kerja drama pnggu gunung raya…maaaannnnnttttaaaapppppp……….
April 23rd, 2010 at 9:46 pm
hai,best jugak film ni ye
April 27th, 2010 at 12:35 pm
Assalamualaikom saya adalah peminat FOUZIAH GOUS kerana lakonannya cukup menarik.Jadi kak FOUZIAH harus buat yang terbaik.Goodluck!